Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Sunday, May 30, 2010

Rubik Cube…



Rubik Cube..antara kenangan saya dengan kawan baik saya, robin…semasa menjalani praktikum, robin lah yang sangat mahir bermain dengannya kerana mampu menyelesaikannya…pada permulaanya, saya telah memberikan pandangan bahawa permainan ini adalah sangat susah…apabila telah tamat praktikum ini, robin telah mencabar saya untuk belajar menyelesaikan rubik cube ini…akhirnya, saya telah menyahut cabaran dan saya telah dapat menguasai dalam tempoh 2 hari…saya mengambil maklumat melalui maklumat di internet dan juga melalui youtube…akan tetapi, saya masih dan tidak mungkin akan dapat mengatasi ‘sifu’ saya dalam rubik cube ini iaitu robin dapat menyiapkan dalam masa 1minit 40 saat..manakala waktu terbaik saya adalah 2 minit 42 saat…terlalu sukar untuk mengatasinya…akan tetapi, terima kasih diucapkan kepada robin kerana telah membolehkan saya menguasai rubik cube ini…kepada faezzie dan fatihah..nanti bolehlah cikgu lawan kamu berdua dalam menyiapkan rubik cube ini…dahulu cikgu tak pandai main, sekarang dah boleh dah..hehehe…oklah…salam kasih sayang kepada semua…

Selamat Hari Guru…


Mungkin saya agak terlambat dalam mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru…hal ini kerana buat pertama kalinya saya sendiri yang mengalaminya…hal ini membuatkan saya sedikit ‘terlupa’ dalam mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru saya..dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mendidik saya iaitu guru-guru di SK Kota Jembal (1993-1998) dan SMK Kubang Kerian 1 (1999-2005)…jasa dan tunjuk ajar semua tidak saya akan lupakan sampai bila-bila…tidak lupa juga diucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik SMK Sg Kruit 2010 ini…Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diucapkan kepada anak-anak murid yang memberikan hadiah kepada cikgu sempena hari guru yang lepas…cikgu sangat-sangat yang menghargainya…tidak lupa juga yang mengucapkan selamat hari guru tidak kiranya secara lisan, SMS ataupun melalui FB…cikgu sangat menghargainya juga…terima kasih…akhir kata diucapkan..cikgu mengucapkan selamat maju jaya kepada semua anak-anak murid di SMK Sg Kruit ini….

Tarikh Lahir saya…



Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengingati tarikh lahir saya ini pada 28hb Mei yang lepas…saya tidak sangka bahawa ramai yang mengingati dan mengucapkan selamat hari lahir kepada saya…sesungguhnya saya sangat tersentuh hati kerana ianya merupakan hari yang istimewa buat saya…kepada teman-teman sekolah yang dulu, terima kasih kerana masih ingat lagi kepada saya..juga kepada teman-teman sekampus, terima kasih saya ucapkan kerana tidak lupa kepada saya…kepada warga smk sg kruit, jutaan terima kasih diucapkan kerana masih tidak melupai diri ini walaupun diri ini sudah tidak berada lagi dalam suasana SMK Sg Kruit ini…kepada murid smk sg kruit, salam kasih sayang diucapkan kepada semua kerana tidak lupa tarikh istimewa cikgu ini…akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua…saya sayang semua…

Panggilan CIKGU…

“cikgu”…itulah panggilan keramat yang sekarang betul-betul saya fahami apakah itu maksudnya..dahulu semasa di kuliah, panggilan itu adalah sekadar panggilan kerana ianya masih tidak dapat difahami sepenuhnya apakah maksud disebalik panggilan itu…sekarang apabila sudah mengalaminya, baru saya mengetahui bahawa panggilan itu adalah sangat tinggi nilainya…panggilan itu membuat saya untuk memberikan yang terbaik kepada anak didik sekalian…walaupun tidak lama di smk sg kruit ini, akan tetapi saya berasa puas kerana mampu memberikan yang terbaik kepada pihak sekolah sepanjang menjalani praktikal ini…sekarang, akan saya memegang panggilan itu dengan seamanah mungkin kerana darah cikgu sudah mengalir dalam diri ini…

Perjalanan Baru Bermula…



Salam cikgu di hati…hehehe..apa-apa pun, sudah lama saya tidak bekesempatan untuk mengemaskini blog saya ini…jadi, Alhamdulillah kerana saya diberikan masa untuk mengemaskininya ini…terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga SMK Sg Kruit kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada saya khususnya semasa saya menjalani praktikum di sana…sesungguhnya, kenangan bersama kalian tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila…disanalah tempat jatuh bangun saya disana dalam mengejar cita-cita saya untuk menjadi seorang kaunselor pada satu hari nanti…banyak pengajaran yang telah saya perolehi…akan saya ambil semua itu sebagai kekuatan dalam diri saya dalam menjadi seorang pendidik satu hari nanti…


Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn Nazariah kerana banyak memberikan sokongan dan dorangan kepada saya…juga kepada guru pembimbing iaitu Pn Noraini dan Pn Suzilawati kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan semangat kepada saya…akan saya peganag sagala nasihat itu sampai bila-bila…tidak lupa juga kepada semua anak murid tersayang kerana cikgu azwa ini akan merindui semua…cikgu sayang semua…akhir kata, cikgu sentiasa akan mendoakan yang terbaik kepada smk sg kruit dan murid-murid disana supaya akan menjadi insane yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat…

terima kasih diucapkan kepada semua…cikgu akan merindui semua…

Thursday, May 20, 2010

Akan Kembali Dengan Perkembangan Terbaru...



Salam Cikgu Di Hati...sudah lama saya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog saya ini...mungkin kekangan masa dan kerja yang membuatkan saya tidak sempat untuk mengemas kini, malah untuk melayari internet pun saya seperti tidak sempat pada masa sesebelum ini...akan tetapi, sekarang bolehlah sedikit sebanyak saya untuk meluangkan masa untuk blog saya ini dan juga untuk blog sekolah...apa-apa pun, kenangan bersama di SMK Sg Kruit tidak akan dilupakan sampai bile2....