"sebaik-baik pasangan"
"...KASIH SAYANG & PENGALAMAN YANG DILALUI MENJADIKAN KITA SEMAKIN KUAT..."
Monday, September 30, 2013
TERUSKAN PERJUANGAN...
Sudah sekian lama, baru hari ini, 30 September terbuka hati untuk membuka laman blog diri ini...sudah lama diri ini tidak menjengah di sini dan mengemaskini maklumat atau peristiwa yang telah berlaku...sesungguhnya dalam tempoh yang "ditinggalkan" ini, sudah banyak peristiwa yang telah berlaku...In Sha Allah, saya akan cuba mencuri masa untuk diri ini berkarya di alam maya ini...terima kasih kepada semua...
Wednesday, June 15, 2011
Al-Fatihah kepada Atukku Yang Paling Terhebat Didunia...
Chek, setiap kenangan bersama Chek akan sentiasa ada dalam hati wa ini...
bulan November 2011...
bulan november 2011 merupakan bulan yang dinantikan oleh saya dengan tunang saya, radiah fatihah....insyaAllah, harapkan segala perancangan yang kami rancangkan berjalan mengikut yang telah dirancangkan...amin ya Allah...
25hb November (malam)
26hb November & 28 November...
pertunangan ku...
sayang (radiah fatihah ismail ), sepanjang tempoh pertunangan kite ini, semoga kita lebih mengenali antara satu sama lain...jangan lupe juga untuk kite menuntut/belajar ilmu rumah tangga dengan lebih mendalam lagi supaya kita lebih bersedia mnghadapi fasa kehidupan kita yang baru nanti...walaupun perhubungan kite ini sejak sekolah lagi, akan tetapi, kasih sayang sentiasa menebal dalam diri ini trhadap sayang...semoga segala perancangan kite berjalan lancar..amin ya Allah...
kembali selepas lama menyepi...
sudah lama tidak m'update didalam blog saya ni...mgkin kekangan masa dan tugasan yang memaksa diri ini tidak sempat untuk meluangkan sdikit masa...saya hnya smpat memberikan masa untuk FB shaja...insyaAllah,dalam mase trdekat ini akan mengemaskini blog ini...smoga brjumpe lagi...
khairul azwa ismail...ynwa & trw
Thursday, March 17, 2011
melangkah ke fasa yang baru...
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi,dengan izinNya esok, 18hb Mac 2011, saya; khairul azwa ismail akan mengikat tali pertunangan dengan insan istimewa dalam hidup ini. iaitu radiah fatihah ismail...alhamdulillah, hubungan kami sejak sekolah lagi telah direstui oleh kedua-dua keluarga apabila akan mengikat tali pertunangan ini. Diharapkan dengan pertunangan ini akan menyemai lagi perasaan kasih sayang antara kami dan lebih saling mengenali lagi antara satu sama lain. Juga akan mengeratkan lagi hubungan antara dua buah keluarga...InsyaAllah, kalau sudah jodoh, kami akan disatukan juga pada tahun ini…amin..doakan untuk kami…
*gambar pertunangan akan dimasukkan apabila majlis selesai nanti…*