Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Thursday, March 26, 2009

time kaceh kerana ajarkan saya...

...stanley...
Lupa aku hendak ucapkan kepada temanku yang sudi mengajar aku membuat movie maker. Terima kasih aku ucapkan kepada sahabatku Stanley Emparang Ak James Peter Luta (stanley yang comel & baik). Thanks ekk...

Tuesday, March 17, 2009

mintak maaf..

Salam…wa mintak maaf jika ada buat salah..entahlah, terasa macam kosong je jadinya. mungkin pada malam tu wa xpatut macam tu. Tapi nak bagitau, yang wa malam tu xdapat pun tandatangan diaorang. Juz turun nak tengok diaorang dari dekat je. Dan lebih-lebih lagi diberi ‘tanggungjawab” jaga keselamatan artis tu. Jadi wa buat sambil menyelam minum air. Wa mintak maaf pada yang berkenaan. Pepun wa still nak bagitau yang Liverpool menang dengan Man Utd..hehehehe..jangan marah.
Oklah..wa mintak maaf..

Monday, March 16, 2009

aku sedih...

mamaku tersayang...


Pada tarikh 12 Mac yang lalu, aku dikejutkan dengan satu penggilan telefon daripada kakak yang mengatakan Ma masuk wad. Entah kenapa pada masa itu aku sudah dapat rasa mesti sesuatu yang berlaku kerana hati aku sudah tidak sedap. Aku menerima berita itu dengan tenang. Aku terus menelefon kepada abahku dan mamaku. Baru aku dapat tahu yang mamaku petang hari itu terjatuh kerana darah tinggi. Aku tidak tahu puncanya. Aku akhirnya ‘tewas’ dengan perasaanku kerana aku selepas menelefon itu, aku menangis sangat-sangat pada malam itu. Ada jugak kawan aku tidak perasan tahu kerana tengok mataku bengkak sebab aku baru bangun tidur.Akan tetapi perkara yang sebenarnya adalah aku telah menanggis sangat2. Aku sangat sedih. Hal ini kerana aku terlalu sibuk sehingga aku tidak sempat menelefon rumah dalam masa seminggu itu. Ada pernah ketika abahku dan mamaku yang menelfon kepada aku kerana aku sudah terlalu lama tidak menelefon mereka. Aku fikir, kenapalah aku ni jahat sehingga tidak sempat hendak menelefon kedua ibubapaku.


Aku selepas itu hendak sangat2 balik tengok keluargaku, akan tetapi pada masa itu aku tidak boleh balik kerana pada hari sabtu ada Mid Term Exam subjek major aku. Selepas itu, pada petangnya ada temujanji untuk menemuramah bagi subjek major jugak. Aku selepas itu terus memberitahu yang mana aku tidak boleh balik sebab ada perkara itu. Akan tetapi, pada minggu depan aku akan balik jugak. Aku hendak balik jugak. Aku sudah bagitau kepada mamaku yang minggu hadapan yang anaknya ini akan balik jugak.

Ayah Su hendak mintak maaf pada Nur Khairah Aqilah

Ayah su mintak maaf kerana ayah su tidak ingat tarikh hari lahir khairah sayang pada 16hb februari 2009 yang lalu. Ayah su mungkin sibuk sangat pada masa itu. Ayah su kecewa dengan ayah su kerana ayah su tidak ingat akan tarikh lahir anak buah kesayangan ayah su ini. Ok, ayah su janji yang ayah su akan ‘ganti’ dengan ayah su beli hadiah tau. Tapi ayah su tidak tahu hendak beli apa. Nanti ayah su tanya kekawan ayah su ekk. Ingat nak beli jersi Liverpool yang size budak nak bagi kat khairah. Nak khairah minat Liverpool bukan Man Utd macam abah khairah (abang aku) tu. Nanti leh temankan ayah su tengok bola sama-sama. Hehehehe.
Oklah khairah sayang, ayah su sangat-sangat menyayangi nur khairah aqilah binti ismaazizie.

Liverpool MENANG & MENEWASKAN Man Utd…

...gandingan Gerrard & Torres mengerunkan pihak lawan...


Akhirnya Liverpool mencipta rekod dengan dalam satu musim, Liverpool dapat mengalahkan pasukan Man Utd 2 kali berturut-turut. Liverpool sudah menang di Anfied (2-1) dan selepas itu menang di Old Traford (4-1). Maknanya, Liverpool bukan mangsa belasahan oleh Man Utd tetapi mangsa belasahan oleh Liverpool. Aku sangat berpuas hati pada musim kerana kebanyakkan pasukan Liverpool apabila menghadapi pasukan namanya gah (tapi xhebat sangat pun, nama je) seperti Chelsea dan Real Madrid apabila menang di tempat lawan danjuga di tempat sendiri. Cuma sekarang hanya pasukan Arsenal sahaja yang belum ditewaskan lagi. Akan tetapi, aku akan tunggu masa itu kerana Arsenal akan jumpa dengan Liverpool di Anfied. Liverpool tidak pernah kalah lagi musim ini ditempat sendiri. Aku harap keputusan itu dapat mengembirakan aku. Liverpool selepas ini akan terus berjaya dan berjaya…
Liverpool Football Club
The Kop
The Reds
You Will Never Walk Alone