Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Friday, July 24, 2009

Rutin harian terbaruku...

Futsal
Jogging


InsyaAllah..sesibuk mana untuk semester ini dengan mengambil 23 jam kredit, akan tetapi, saya akan cuba memastikan bahawa saya akan jogging dan bermain futsal di dataran kolej setiap hari sekiranya tidak bertembung dengan kuliah...selain untuk meningkatkan stamina, dengan bersukan ini saya dapat merasakan kelainan kerana saya berasa lebih cergas dan 'sedap badan' berbanding dahulu..mungkin pada permulaannya akan terasa kejang pada otot2 kerana mungkin saya sudah lama tidak bersukan ..tetapi jangan pandang khairul azwa ini sebelah mata kerana pada sekolah menengah dahulu, azwa ini adalah atlet 100meter dan lompat jauh serta ping pong tau..mungkin di universiti ini terasa malas untuk bersukan kerana memang dah malas...hehehehe..selain itu, badan pun dah naik berbanding masa aktif sukan dahulu menyebabkan malas nak bersukan..

oklah..majulah sukan untuk Khar..ahaha..

Wednesday, July 22, 2009

entahlah...


Apabila saya sangat tension, akan saya dengarkan lagu daripada siti nurhaliza..selain itu juga, aku mesti akan dengar lagu daripada OST sepi..tidak kisahlah sesiapa ingin mengatakan yang saya ini lembut atau tidak, akan tetapi dengan mendengarkan lagu daripada lagu siti nurhaliza ini, saya dapat merelakskan diri ini buat sementara waktu..entahlah..saat ini terasa diri ini sangat terlalu tertekan..enthlah..apabila perasaan ini saya membenarkan ia menguasai dalam diri ini…akan tetapi, diri ini masih lagi dapat berfikir dengan rasional lagi…apa-apa pun biarlah ianya rahsia…kepada seseorang, diri ini selalu mendoakan yang terbaik..

entahlah kenapa diri ini terasa sangat cemburu walaupun ku tahu bahawa diri ini tidak layak untuk merasakan demikian..akan tetapi, yang paling penting sekali melihat dia itu tersenyum sudah mampu membuatkan diri ini gembira..

praktikum…


saya tidak perlu ‘berseronok’ lagi buat masa ini apabila saya mengisi borang permohonan untuk membuat praktikum pada semester hadapan..hal ini kerana permohonan untuk belajar semasa membuat praktikum masih dalam peringkat permohonan lagi..saya berharap agar semuanya berjalan dengan lancar hendaknya..amin..saya berharap agar saya dapat bersama-sama untuk Konvo sekali dengan kekawan semua ini.. U I LOVE…

Selamat Hari Lahir Sahabatku…


Selamat Hari Lahir saya ucapkan kepada teman-teman wa iaitu Kak Ain, Kak Kima dan Hidayah..mereka semua ini adalah teman seperjuangan saya semasa bersama-sama menjadi Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Kolej Harun Aminurrashid 08/09..


kepada Kak Ain, adeq wa ucapkan semoga kak ain terus suksess dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan..adeq wa ini saying sangat2 kat kak ain…terima kasih juga kerana banyak beri tunjuk ajar dan nasihat kepada adeq wa ini..kenangan bersama kak ain tidak mudah adeq wa lupakan..


kepada Kak Kima, wa sangat suka kat kak kima…kak kima lah kakak yang paling ‘pelik’ yang wa jumpe tau..kak kima tidak pernah marah cz kak kima selalu tersenyum je..apa-apa pun, wa paling rindu adalah lawak-lawak kak kima tu xkira lah semasa meeting ataupun dimana sahaja..wa pun saying kat kak kima..


kepada Hidayah, selamat hari lahir wa ucapkan..terima kasih kerana sudi jadi teman-teman wa..pada mulanya semasa JMK, kita tidaklah rapat sangat, akan tetapi lama kelamaan, timbul rasa kekeluargaan antara semua JMK ini kan..segala nasihat dan kata-kata semangat daripada hdayah itu, akan wa ingat..wa pasti akan merindui kek batik hidayah tu..hehehehe..


kepada sahabatku Soffian, selamat hari lahir juga wa ucapkan..semoga ‘boh’ terus maju ke hadapan dan ke hadapan lagi..wa akan sentiasa menyokong apa yang ‘boh’ lakukan..teruskan menjadi pemimpin yang hebat..kenangan bersama dengan ‘boh’, tidak mudah wa lupakan..nanti klu ade bola sepak antara Liverpool vs Chelsea tu, ingatlah wa disini..apa-apa pun, wa akan tetap menyokong Liverpool… you’ll never walk alone…

Kurang Sihat…


Hari ini adalah sangat memenatkan bagi saya…mungkin ditambah dengan cuaca yang tidak menentu, kuliah yang banyak dan juga memikirkan perkara yang berkaitan, menyebabkan saya hari ini demam sedikit…hari ini banyak dihabiskan dengan tido sahaja…apabila malam tadi telah keluar makan bersama dengan teman baik iaitu apai, saya sempat membeli panadol untuk melegakan demam aku ini sedikit sebanyak..moga demam saya ini tidak berlarutan dan cepat baik..amin..

Thursday, July 16, 2009

Proposal...


Proposal.....

Hari sabtu ini (18hb Julai) adalah pembentangan proposal daripada Khairul Azwa bin Ismail di Auditorium 1 pada pukul 8pagi...insyaAllah dan mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar...amin...

Alhamdulillah & InsyaAllah...


Alhamdulillah..syukur kehadarat Ilahi kerana permohonan saya untuk mengambil 23 jam kredit telah diluluskan oleh Dekan Fakulti...apabila permohonan saya itu telah diluluskan, ianya bererti banyak sekali tanggungjawab dan bebanan yang terpaksa saya pikul untuk semua ini. InsyaAllah, dengan bantuan dan sokongan daripada teman-teman, mungkin saya dapat menjalani semester kali ini dengan kuat..amin ya Allah..


Pengalaman saya semasa memikul amanah sebagai JMK Khar 08/09 telah sedikit sebanyak mengajar saya erti kesibukan dan membahagikan masa dengan sistematik...oleh itu, boleh kiranya saya gunakan pengalaman hari lalu untuk saya gunakan dalam semester ini..insyaAllah..akan saya buat yang terbaik...



Disini saya inigin mengucapkan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada teman-teman sekalian terutamanya apai, aini, adeq illya, stanley, suhaimi, roomate t'rsayang(hafizudin) rakan-rakan BnK dan rakan-rakan lain kerana banyak memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepada khairul azwa ini untuk semester ini..tidak lupa kepada keluarga tercinta dan insan tersayang...terima kasih wa ucapkan...



akhir kata, insyaAllah..kalau ada rezeki, kita akan habis study bersama-sama dan konvo bersama-sama...insyaAllah...amin ya Allah...

Tuesday, July 7, 2009

organisasi blok 2 07/08

"...orang kuat disebalik organisasi blok 2 07/08..?"

apabila saya melihat gambar ini, teringat kenangan lama semasa saya menjadi rakan exco blok 2 07/08 ni..aku pada masa itu menjadi setiausaha blok 2, pian pula menjadi ketua aras 9 dan apai pula adalah sebagai ketua blok 2..pengalaman pada masa dahulu dan diberikan peluang untuk kehadapan, telah membolehkan kami bertiga meningkat setapak demi setapak lagi...kenangan lalu telah menjadi kami semakin kuat..




pada masa sekarang, apai daripada ketua blok jmk khar 07/08 kepada yang dipertua jmk khar 08/09..pian pula daripada ketua aras 9 khar 07/08 kepada ketua blok jmk khar 08/09 dan kepada yang dipertua jmk khar 09/10..manakala aku pula daripada setiausaha blok 2 kepada naib setiausaha agung jmk khar 08/09...




kenangan semasa organisasi blok 2 07/08 itu tidak akan saya lupakan kerana pada masa itu adalah merupakan tapak asas bagi kami untuk meningkat lebih kehadapan lagi..selain itu, ucapan terima kasih saya ucapkan kepada apai kerana memberikan kepercayaan kepada saya menjawat sebagai setiausaha blok 2 pada masa itu kerana sekiranya saya tidak memegang jawatan itu, khairul azwa ini tidak mungkin berada tidak seperti sekarang...




kenangan lalu adalah sangat terindah untuk saya kenangkan...terima kasih..u i love...

roomate saya...

pada semester ini, aku telah memohon kepada pihak kolej supaya saya ditempatkan dirumah asal saya yang saya mula-mula duduki pada semester 1. rumah yang dimaksudkan itu adalah 2-4-11 bilik nombor 1. bagi aku, banyak kenangan yang diperolehi semasa saya mula-mula masuk UPSI ini. pada semester ini saya telah memohon untuk satu bilik dengan roomate lama saya iaitu mohd hafizuddin bin hassan..dia adalah kos pendidikan kemahiran hidup semester 5...dia adalah roomate lama saya pada semester 3 & 4 sebelum saya menjadi Jmk KHAR...
"...kenangan lalu mengamit rasa dihati ini..."

bermulanya sebuah kisah kehidupan yang baru bagiku...

"...masa itu adalah sangat berharga bagiku.."


Alhamdulillah..


Syukur kepada Allah kerana dengan izinNya, dapat saya meneruskan lagi pengajian saya di bumi UPSI ini... pada semester ini, saya telah menyambung pengajian saya di semester 7 Pendidikan Bimbingan & Kaunseling.. Pada semester ini juga, saya akan 'menempuh' liku-liku perjalanan yang sangat mencabar kerana banyak tugasan yang perlu saya selesaikan dengan sempurna. antaranya adalah seperti menyiapkan laporan tugasan ROS 2, proposal dan 23 jam kredit. bagi saya, kesemua itu adalah cabaran yang perlu saya hadapi supaya saya dapat menamatkan pengajian saya dengan teman-teman saya semua ini.. saya memohon supaya diberikan kekuatan agar saya kuat menempuhi semester ini. oleh disebabkan itu, saya memerlukan seseorang teman yang dapat memberikan saya semangat buat diri ini. terima kasih saya ucapkan kepada seseorang kerana sentiasa menyokong dan memberikan semangat pada saya..terima kasih..




akhir kata, akan saya tempuhi semester ini dengan hati yang kuat..insyaAllah..amin Ya Allah..

Yogjakarta, Indonesia...


Alhamdulillah..

akhirnya saya dapat jugak menjejakkan kakiku di Indonesia ini. Terdapat banyak kenangan yang dapat aku perolehi di sini. Apa yang ingin dikongsikan adalah pengalaman saya pergi ke sana. kepada masatirah, terima kasih kerana sudi duduk disebelah wa semasa bertolak dari Kuala Lumpur ke Solo itu. banyak perkara dan pengalaman yang wa dapat kongsi bersama-sama dengan mas. selain itu, wa ingin memohon maaf sekiranya wa banyak mengusik mas didalam kapal terbang itu. wa tidak berniat apa-apa cuma hendak menghilangkan perasaan risau dan gelisah mas itu sahaja. tak nak mas sentiasa memikirkan perkara itu.


buat pertama kali, saya selamat sampai di salah satu tempat keajaiban di dunia ini iaitu Candi Borobudur. Sekiranya diizinkan Allah dan dimurahkan rezeki, saya cuba untuk pergi melawati 6 tempat lagi keajaiban dunia ini pada satu hari nanti. InsyaAllah...


dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada teman-teman jmk sekalian sekiranya saya ada melakukan kesalahan atau membuatkan terasa hati. disini juga wa ingin mengucapkan terima kasih kepada teman-teman jmk yang sudi menemani wa semasa membeli barang disana. apa yang wa tahu, yang diri ini memang tidak pandai langsung untuk memilih jenis kain untuk dibeli dan lain-lain. sekali lagi saya ucapkan terima kasih.


kenangan bersama kalian semua, tidak mudah saya lupakan. akan saya merindui kalian semua kerana program ini adalah program yang terakhir yang dijalankan.


akan saya merindui kalian semua...

Timbang Tara 09/10 di Pangkor...


Assalamualaikum..


saya mulakan dengan kalimah yang suci untuk memulakan coretan ini. sudah agak lama saya tidak menulis didalam blog saya ini... terlebih dahulu saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman jmk sekalian (JMK KHAR 08/09) diatas pertolongan dan kerjasama yang telah diberikan semasa program Timbang Tara yang berlangsung di Teluk Dalam Resort (Pulau Pangkor) dan Kolej Harun Aminurrashid. Saya ingin mengucapakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara Ahmad Syahir (mantan NYDP) kerana banyak menolong saya dalam melicinkan perjalanan program ini. Selain itu, ucapan terima kasih kepada ateh (mantan S/U) kerana mempercayai saya untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Program untuk program kali ini. Juga kepada apai (mantan YDP) dan kak dhila (mantan TYDP) kerana banyak memberikan sokongan kepada saya semasa perjalanan program ini berlangsung.


Kepada barisan JMK KHAR yang baru yang diketuai oleh saudara Mohamad Sofiian (YDP JMK 09/10) dan dibantu oleh saudari Nurul Ain Syahida (TYDP JMK 09/10) dan saudara Luqmanulhakim (NYDP JMK 09/10), teruskan perjuangan anda kalian. Saya disini akan sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua..