Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Sunday, January 25, 2009

kawanku satu sekolah dahulu...

Amir Raja Lawak Astro musim Ketiga


aku pada mulanya tidak percaya apa yang aku lihat pada mulanya. Semasa aku balik kampung, aku ada terlihat rancangan Raja Lawak Astro musim ketiga. Aku pada mulanya ada terpandang seorang peserta raja lawak itu. Aku macam mengenali dia api aku anggap yang dia itu adalah pelanduk dua serupa. Selepas aku buka internet laman web Raja Lawak itu, baru ku tahu yang dia adalah bekas junior aku bekas satu sekolah dahulu. Sungguh xsangka yang dia ada bakat dalam bidang lawak dan yang penting, sudah dapat masuk TV yang mana itu adalah impian aku. Hehehehe.. Yang aku tak percaya adalah amir dahulu adalah jenis yang pendiam. Tak tahu pulak bila dah besar boleh jadi pelawak pulak. Itulah yang dipanggil kebolehan semulajadi..

Apa pun, aku mengucapkan selamat maju jaya kepada Amir dalam bidang Raja Lawak ini. Teruskan perjuangan dan jaga diri baik-baik. Jaga nama baik. Aku, Khairul Azwa ini akan terus menyokong bekas rakan seperjuangan aku untuk lebih berjaya pada masa hadapan.. Kalau ada rezeki, ko boleh jadi macam Nabil. Nanti boleh la belanja aku makan kat depan sekolah tu.


oklah..Amir.. Raja Lawak Astro musim Ketiga..

Saturday, January 24, 2009

Perjalananku...

Di dalam train, aku sempat untuk membuka laptop aku bagi menyelesaikan kerja aku sedikit bagi mengisi masa lapang. Selepas aku selesai membuat kerja aku itu,aku terasa ingin berkongsi cerita yang aku akan coretkan didalam blog aku ini. Disini, aku ingin berkongsi sedikit. Didalam train, aku telah membeli tiket tempat tidur. Hal ini kerana pada aku, tempat tidur ini tidaklah terasa penat kerana ianya boleh kita baring, tidur, duduk dan sebagainya berbanding tiket biasa yang kita hanya duduk sahaja. Untuk pengetahuan semua,masa perjalanan aku ini memakan masa selama 14 jam lebih aku didalam train. Aku bertolak dari KL Sentral pukul 8.30 malam dan sampai di stesen Wakaf Bharu pada pukul 10.45 pagi. Lama tak..??
Semasa aku dalam perjalanan aku untuk aku balik ke kampung. Aku balk dengan menaiki train yang dijadualkan bertolak pada pukul 8.30 malam di stesen KL Sentral. Aku ingin berkongsi cerita semasa perjalanan aku hendak pergi ke KL Sentral itu. Aku semasa itu berada didalam bas yang mana pada masa itu berlaku kesesakan jalan raya. Aku terpandang ada dua orang pelancong yang sedang berjalan-jalan di ibu kota itu. Selepas itu, aku terpandang seorang pak cik buta yang hendak melintas jalan semasa jalan sibuk itu. Akan tetapi, tidak ada seorang pun rakyat kita iaitu rakyat Malaysia yang datang menolong memimpin pak cik buta yang bertongkat itu untuk melintas jalan. Akan tetapi, 2 orang pelancong perempuan itu datang ke pak cik itu dan menolong pak cik buta itu untuk melintas jalan.
Aku pada masa itu terfikir yang kita rakyat Malaysia ini macam mana. Kita selalu menjaja kisah Negara kita dengan adat budaya timur, tolong menolong dan sebagainya. Akan tetapi, dengan peristiwa itu,membuatkan aku berasa adakah kita sekarang sudah kurang dengan adat-adat semua itu sehingga kerajaan sendiri terpaksa membuat kempen yang macam-macam. Oklah, aku berpesan pada diri aku semoga aku diringankan untuk menolong orang semasa dalam kesusahan ini.
Amin...

Wednesday, January 14, 2009

Kemalangan Yang Menimpa...


Semasa aku sedang menyiapkan laporan untuk mesyuarat esok, teman housemate aku, soffian(pian) balik dari kuliah dengan keadaan tergesa-gesa. Aku mula bertanyakan kenapa dan beliau memberitahu yang kawan dia kemalangan. Dia hendak pergi ke Hospital Slim River dengan kekawan yang lain. Dia memberitahu yang kemalangan itu juga merupakan kawan aku.(saidi) Aku kenal sangat dengan dia kerana dia juga merupakan peminat pasukan bola yang sama dengan aku, iaitu Liverpool. Aku juga pernah sekelas dengan beliau semasa aku sem 1. Aku hanya berdoa dan berharap pada masa itu kemalangan itu tidaklah seteruk mana walaupun beliau dikejarkan ke hospital. Selepas itu, pian balik dalam pukul 1 pagi lebih. Aku bertanya keadaan kawan aku itu dan diberitahu yang kemalangan itu agak teruk dan menunggu laporan daripada doktor. Pada masa itu, aku hanya boleh mendoakan agar kecederaan dia itu tidak serius. InsyaAllah. Aku diberitahu Ariff, MPP Akademik & Kerjaya juga pergi melawat ke hospital itu.

Sama-samalah kita mendoakan agar kita semua jauh daripada kejadian yang tidak diingini. Amin..

Tuesday, January 13, 2009

Palestin We Care




aku begitu sedih mengenangkan nasib yang menimpa sesama saudara di bumi Palestin itu. Mereka terus ditekan dan ditindas oleh pihak Zionis dan Yahudi yang durjana itu. Aku doakan agar semua saudara Islam yang berada disana terus diberikan kekuatan dalam diri masing-masing. Yakinlah dengan kuasa dan kebesaran Allah kerana seseorang yang berjuang di jalan Allah adalah begitu mulia dan mendapat ganjaran yang besar disisiNya nanti. Amin..



Free Palestin. Allahhuakhbar...

aku dengan...


Kucingku ini merupakan kucing yang sangat istimewa buatku. Ia telah berjaya membuatkan abahku dan mamaku gembira. Juga telah mengubah pendirian abahku dari tidak suka membela kucing kepada suka membela kucing. Kucing aku ini diberi nama ‘mawi’ kerana pada masa itu, mamaku begitu meminati mawi. Akan tetapi, aku tidak meminati mawi. hehehe...


Kehadiran ‘mawi’ itu telah membuatkan abahku selalu tersenyum. Sekiranya abahku selalu tersenyum dan gembira, hal ini telah juga membuatkan mamaku juga turut senyum gembira. Aku gembira dengan ‘kehadiran’ mawi itu. ‘mawi’ kucing yang sangat cerdik, juga sangat memahami. Juga jenis kucing yang pandai merajuk. Rasa hendak tergelak bila memikirkan perkara itu. ‘mawi’ ini jenis yang hanya makan ikan je. Tak nak makan yang bergoreng, tetapi yang rebus sahaja. Hal ini menjadikan bugjet makan untuk ‘mawi’ sahaja mencecah ratusan setiap bulan. Aku tidak kisah asalkan abahku dan mamaku gembira. Mawi ini tidak pandai makan ikan sekiranya abahku, mamaku mahupun aku sendiri yang mencubit ikan itu untuk diberi makan padanya. Terfikir yang ‘mawi’ ini sangat manja dengan tuannya. Pernah satu hari, ia tidak balik. Satu rumah risau. Aku tersenyum bila terfikir saat itu. Mamaku juga pernah ceritakan yang ‘mawi’ kelihatan sedih dan senyap sahaja berbanding ia agak aktif semasa aku jatuh sakit. Aku pernah masuk wad selama 1bulan. Jadi, dalam masa itu, ‘mawi’ seperti murung sahaja.


Akan tetapi, itu semua sudah menjadi kenangan bagi aku. ‘mawi’ sudah tiada lagi. Aku mengetahui semasa aku balik kampung pada bulan 12 dahulu. Pada masa itu,aku dapat merasakan kesedihan kehilangannya. Aku juga mendapati yang abahku terasa sunyi kerana ‘mawi’ sudah tiada. Akan tetapi, dengan kehadiran ‘anak mawi’ yang baru ini membolehkan sedikit sebanyak dapat mengubati kehilangan ‘mawi’ itu. ‘anak mawi’ itu diberi nama ‘hitam’. ‘hitam ‘ ini telah mempunyai 3 ekor anaknya yang telah menjadikan rumah kami kembali ceria setelah kehilangan ‘mawi’. Aku tumpang gembira kerana abahku, mamaku dan juga semua ahli keluargaku kembali ceria. Akan tetapi, aku masih teringatkan ‘mawi’. Bagi aku,ia adalah kucing yang sangat istimewa dalam diri aku. Semoga kehadiran ‘cucu mawi’ ini dapat mengantikan ‘mawi’.

kekuatanku...

Ikhlas aku katakan yang kekuatan aku adalah keluarga aku. Aku tidak dapat bayangkan hidup aku macam mana sekiranya keluarga aku tiada dalam kamus hidup aku. Keluarga aku hanyalah keluarga yang kecil sahaja. Bagi aku, walaupun keluarga aku hanyalah keluarga yang kecil,yang paling penting adalah keluarga aku adalah sangat bahagia. Aku mempunyai kedua ibubapa yang sangat penyayang kepada semua anak-anaknya. Abahku bernama Ismail bin Muda manakala mama aku pula adalah Azizah binti Ahmad. Aku pula hanya mempunyai seorang abang sahaja yang bernama Isma Azizie. Akan tetapi, aku bangga kerana aku mempunyai seorang abang yang sangat mengambil berat pada diri aku. Aku juga gembira kerana aku mempunyai seorang akak yang sangat penyayang. Namanya Zawanie. Walaupun akak aku itu adalah hanya akak ipar, tetapi aku anggap dia adalah akak kandung aku. Bagi aku, akak ipar itu menampakkan akak aku itu bukan macam ahli keluarga aku. Akak ipar juga menampakkan aku tidak mesra dengannya. Jadi, aku anggap akak aku itu adalah akak kandung. Aku juga mempunyai anak saudara yang sangat comel dan juga cerdik. Nama anak buah aku itu Nur Khairah Aqilah binti Isma Azizie. Semasa aku berada di Upsi ini, aku kadang-kadang akan tersenyum sendirian kerana teringatkan karenah dan gelagat anak buah aku itu. Aku sangat menyayangi dia. Bagi aku, kehadirannya dalam keluarga aku membuatkan keluarga aku menjadi lebih bahagia. Dengan kehadirannya juga membuatkan ‘status’ aku berubah menjadi ‘pangkat’ Ayah Su.

Bagi aku, kekuatan aku adalah kedua ibubapa aku, abangku, akakku, anak buah aku dan orang tersayang aku. Terima kasih kerana menjaga aku, Khairul Azwa sehingga menjadi insan yang berguna. Wa sangat sayang abah dan ma. Juga sayang kepada abang, akak dengan Nur Khairah Aqilah. Ayah su ini rindukan nak bermanja dengan khairah, rindukan tengok ketawa khairah. Salam kasih sayang kepada insan tersayang. Juga kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini.

aku baru hendak belajar..


Bismillah..

assalamualaikum w.b.t...

mungkin ini adalah kalimah pertama yang mempunyai seribu erti keberkatan dalam hidup aku..aku pada permulaannya agak cemburu kerana kebanyakkan kawan-kawan aku sudah mempunyai blog yang sendiri. Aku merasakan pada saat itu, aku seperti seseorang yang ketinggalan agak jauh dalam mengejar arus kemodenan ini. walau bagaimanapun, aku agak gembira kerana aku berjaya membuat blog aku ini dengan diri sendiri. Hal ini dapat membuktikan yang aku boleh buat sekiranya aku berusaha dan tidak berputus asa.


Syukur alhamdullilah aku panjatkan ke hadrat Allah s.w.t dan para Rasul-rasul. Juga tidak lupa kepada keluarga tercinta, ma,abah,abang,kakak dan Nur Khairah Aqilah. Juga kepada teman istimewa yang menemani aku semasa susah dan senang. Juga kepada semua kawan-kawan lama di sekolah smk kubang kerian 1. Tidak lupa kepada kekawan di UPSI iaitu kekawan cos pend Bimbingan & Kaunseling semester 6 dan 4. Juga yang paling penting kepada teman-teman sejati didalam organisasi Jawatankuasa Mahasiswa Kolej KHAR.


Semoga permulaan ini merupakan titik tolak supaya kita semua maju bergerak kehadapan seiring untuk bersama-sama mencapai keberkatanNya.