Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Thursday, December 16, 2010

Selamat Hari Lahir sayang...

Selamat Hari Lahir saya ucapkan kepada insan tersayang, Radiah Fatihah binti Ismail yang ke 24 pada 14hb Disember 2010…semoga dengan umur yang baru akan membuatkan dirimu menjadi lebih matang dalam mengharungi kehidupan ini…memang betul terdapat pasang surut dalam kehidupan ini, akan tetapi ianya akan lebih menjadi lebih bermakna sekiranya perkara yang berlaku ini dijadikan pengajaran dan pengalaman kepada semua…diharapkan agar dirimu sentiasa berbahagia disamping keluarga tercinta..juga panjang umur dan murah rezeki…jaga diri baik-baik…insyaAllah, semoga hubungan kita ini akan terus berkekalan dan bahagia sampai bila-bila…insyaAllah, menjelang tahun depan, hubungan kita ini akan ‘berpindah’ ke fasa yang baru…amin…oklah, selamat hari lahir sekali lagi…hepi besday…sweet 24….

Memulakan Langkah Pertamaku...

Setelah balik daripada Ipoh, saya melihat ‘cuti sekolah’ saya ini hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi…selepas itu, diri ini akan mencurahkan bakti dan ilmu di negeri Perak nanti..semoga dalam 2 minggu ini, saya dapat mempersiapkan diri menghadapi suasana yang baru…ianya tidak sama seperti hari pertama menjejak kaki ke UPSI, tidak sama semasa menjejak kaki menjalani praktikum..ianya ini adalah sekolah pertama untuk saya berbakti dengan seikhlas hati…walaupun sekolah pertama saya ini tidaklah seperti yang dimimpikan atau dibayangkan, akan tetapi diri ini mestilah menerima dengan seikhlas hati…insyaAllah, kemanisan akan muncul…lakukan yang terbaik…oklah…isikan masa ini dengan mencari maklumat sebanyak mungkin, persediaan ke sekolah, menghabiskan masa dengan family tersayang dan dengan insan tersayang =)…jumpa lagi di lain masa…

Sunday, December 12, 2010

"Iron Man 2"

Saya suka tengok gambar wallpaper Iron Man 2 ini…entahlah…ia banyak membawa makna kepada saya…semasa saya di UPSI dulu, gambar ini saya akan anggap saya dengan teman baik saya iaitu Apai…bagi saya, dia adalah sebenarnya Iron Man…ianya menunjukkan kehebatan kami..apabila sudah menjadi cikgu, saya lihat dari sudut lain pula…di Smk Seri Putera, sudah ada seorang kaunselor lelaki iaitu cikgu Solehuludin..apabila saya dtempatkan disini, maka terdapat 2 orang kaunselor lelaki disini…maka boleh disimpulkan terdapat ‘ iron man 2’ disini…maka, menjelang sesi persekolahan yang baru ini, kedua-dua ‘2 iron man’ ini akan menunjukkan kemampuan masing-masing…semoga setiap perancangan yang dirancangankan akan mendapat kerjasama antara semua pihak disekolah ini…saya sebagai cikgu baru, diharapkan dapat memberikan tunjuk ajar..tegurlah jika saya ada melakukan kesalahan..insyaAllah, saya akan memberikan yang terbaik…

Kenangan Itu Tetap Dalam Ingatan...

SMK Sg Kruit…jauh jaraknya atau dekat jaraknya..sekolah ini tetap dalam ingatan saya…walaupun saya sekarang berkhidmat di SMK Seri Putera, akan tetapi dalam hati ini tetap ada SMK Sg Kruit…insyaAllah, saya sentiasa doakan agar semua anak-anak didik di Sg Kruit ini akan sentiasa berjaya dalam semua perkara…kepada sekolah Seri Putera, kasih dan bakti saya ini akan mengalir ke sekolah ini pula..insyaAllah, saya akan memberikan yang terbaik…apa-apa kekurangan saya, akan saya perbetulkan…manakala mana-mana kekuatan saya, akan saya kuatkan lagi…SMK Seri Putera…

Kini Perjalanan Sudah Bermula...

Menjelang tarikh 22.11.2010, akhirnya dengan secara rasmi saya telah dilantik menjadi seorang guru atau pendidik…saya telah ditempatkan di SMK Seri Putera, Ipoh…walaupun pada permulaan saya merasakan yang saya mungkin tidak mampu menerimanya, akan tetapi saya merasakan lama-kelamaan saya mula menyukai sekolah ini…dan pada saat ini, saya bersemangat untuk memulakan perkhidmatan saya tahun hadapan…saya masih ingat kata-kata abah dan ayah sepupu saya berkata…”dah ini tempat rezeki Azwa, jadi kita kenalah terima dengan ikhlas..insyaAllah, lepas ini kita akan jadi lebih baik..”. hal ini mengajar saya bahawa erti apa itu bersyukur…insyaAllah, di SMK Seri Putera nanti, saya akan memberikan yang terbaik dan termampu daripada diri saya ini…banyak perkara yang tidak dapat saya lakukan di tempat praktikum saya dahulu kerana terdapat pertindihan program, jadi ditempat sekolah saya ini, program ini adalah dirancang mengikut diri sendiri..insyaAllah, dengan segala maklumat yang saya perolehi semasa di UPSI, saya akan dapat mempraktikkan di SMK Seri Putera nanti…

Kini Baru Kembali...

Salam..sudah agak lama diri ini tidak menjenguk blog ini…mungkin terdapat kekangan masa dan perkara yang menyebabkan diri ini tidak sempat untuk mengemaskini blog saya ini…hari ini alhamdulillah,akhirnya saya dapat meluangkan masa untuk mengemaskini blog saya ini…hal ini kerana dirumah saya sekarang,talian internet sudah ditamatkan bagi membolehkan dapat memohon talian internet 1 malaysia ini..jadi,buat masa sekarang, saya menggunakan broadband…penggunaan ini sedikit sebanyak terganggu kerana kelajuannya tidaklah sekuat internet jalur lebar rumah..jadi,saya menggunakan setakat mana yang dapat…