Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, August 17, 2010

Kini Kembali...


Di samping itu, demam bola EPL sudah kembali...saya turut terlibat dalam 'demam' itu...diriku ini akan tetap bersama team Liverpool FC...dengan pengurus baru, penaja baru, pemain baru, semangat baru dan sesion baru...ianya adalah bermula dengan kekuatan baru...dalam sejarah bola sepak telah membuktikan bahawa penyokong Liverpool FC adalah yang paling setia di dunia...saya harap saya juga tergolong dalam penyokong yang setia itu...akan menantikan kebangkitan baru oleh pasukan Liverpool FC...The Reds...The Kop...You'll Never Walk Alone...
Jumpa lagi....

Europa League
Premier League

FA Cup

Carling Cup
...khairul azwa ismail...

SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN...



Saya mengucapkan selamat menempuh peperiksaan kepada semua pelajar di Smk Sg Kruit dan juga adik-adik PSS Smk Kubang Kerian 1…terutamanya kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan besar iaitu PMR dan SPM dan juga STPM…semoga semua telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi peperiksaan tersebut…ambil peluang setiap peperiksaan yang dilalui sebagai untuk melihat kelemahan diridan seterusnya memperbaiki diri...janganlah meniru kerana kita tidak akan Nampak kelemahan kita…kalau hendak meniru, menirulah semasa peperiksaan sebenar…nak tahu kenapa sebabnya, tanyalah kaunselor di sekolah…pasti akan mendapat jawapannya kenapa…akhir kata, selamat berjaya kepada semua yang menghadapi peperiksaan besar ini…berusaha + tawakkal kepada Allah…

SMK SUNGAI KRUIT...

Pintu masuk sekolah...

Smk Sg Kruit…antara sekolah yang banyak memberikan ku erti apakah itu seorang kaunselor..malah juga sebagai seorang guru…banyak perkara yang telah ku pelajari disana…peristiwa gembira,pahit dan lain-lain telah saya lalui…walaupun hanya singkat sahaja ku berada di sekolah itu (18hb Januari hingga 14hb Mei) sahaja,akan tetapi ianya terus melekat di hati ini…antara cikgu yang banyak memberi tunjuk ajar adalah kaunselor pembimbing iaitu cikgu Noraini dan cikgu Suzie…di samping itu, cikgu-cikgu di sekolah itu juga tidak kedekut ilmu untuk berkongsi dengan ku…pelajar-pelajar di sana juga sangat baik...biasalah pelajar sekolah, ada juga seorang dua yang dilihat agak ‘nakal’, akan tetapi secara keseluruhannya semua pelajar adalah sangat ‘friendly’ dan baik…Cuma diharapkan semua pelajar di sekolah itu lebih mementingkan aspek akademik dalam diri masing-masing…sekiranya merasakan tidak yakin dalam akademik, tunjukkanlah nilai yang baik dan belajar perkara lain pula seperti aspek kemahiran dan lain-lain. Tanyalah kaunselor bagaimana cara-caranya…
pekan sungkai yang dirindui...

Sepanjang cuti yang saya lalui ini, banyak nama-nama pelajar yang saya merindui gelagatnya…tidak kiralah dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5…semuanya ada dalam ingatan ku ini…juga guru tidak dilupakan untuk selamanya…akan tetapi,antara guru yang paling saya suka sakat/bergurau adalah cikgu Petimah…entahla,kalau sehari tidak menyakat dia,mungkin tidak sah..akan tetapi, ianya adalah sekadar gurauan antara adik ngan kakak..cikgu Petimah juga banyak memberikan tunjuk ajar dan pengalamannya kepada ku…sangat berguna maklumat itu untukku…

pintu tol di sungkai...

Terima kasih juga diucapkan kepada abang Naz yang baik punyer, kenangan ngan abang Naz akan kenang selamanya..juga terima kasih kepada abang Z dan Zul…baik punyer kalian…terima kasih kepada pihak pentadbir dan juga semua…insyaAllah..salam rindu juga kepada teman baikku, cikgu Robin…terima kasih untuk semua..juga teman-teman guru praktikum iaitu cikgu Rafidah, cikgu Naim, cikgu Bed, cikgu Saha dan cikgu Suha…kalau berkesempatan, saya mesti melawat sekolahku ini…tapi yang pastinya, hari konvokesyen saya nanti (14hb 10), akan saya pergi ke sekolah…mungkin pada minggu itu atau minggu sebelumnya..insyaAllah..akhir kata…salam rindu buat smk Sg Kruit…
tempat yang x sempat ku lawati..akan pergi jugak...

SELAMAT BERPUASA...



Selamat berpuasa diucapkan kepada semua...kaum keluarga, sanak saudara, insan tersayang, sahabat-sahabat, teman-teman,kawan-kawan, para pelajar, warga sekolah PSS Tok Kenali Kubang Kerian, warga sekolah smk Sg Kruit, warga kolej KHAR, dan yang mengenali diri ini…semoga bulan Ramadhan kali ini membawa seribu erti kepada kita...rebutlah peluang sementara peluang ini masih diberikan kepada kita…

Kepada diriku..kalau boleh bersengkang mata kerana Piala Dunia yang lalu (juga sebulan), kenapa tidak boleh untuk bersengkang mata untuk di bulan Ramadhan ini…insyaAllah..mohon kekuatan dariMu ya Allah…amin…

BAKAL KAUNSELOR AKAN DATANG…




InsyaAllah…pada masa akan datang…saya akan menjadi seorang kaunselor/guru/cikgu…mungkin gelaran itu adalah terlalu besar untukku..akan tetapi, saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab ini dengan seamanah mungkin..insyaAllah…kalau niat kita ikhlas..kita akan dipermudahkan oleh Allah…semoga diri ini akan dapat memikul tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin pada masa akan datang…amin…Kaunselor Khairul Azwa b Ismail…

Dalam Proses...


Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog ini, yang mana kali terakhir saya mengemaskini adalah sebelum piala dunia berlangsung...insyaAllah..dalam masa terdekat ini, saya akan mengemaskini blog ini...