Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya…



Kepada semua teman-teman, saya dengan rendah diri ingin memohon kemaafana sekiranya saya ada terlanjur kata, terlanjur perbuatan, terlanjur mengata, terlanjur mengumpat dan lain-lain yang dapat membangkitkan dosa kepada saya, saya menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki memohon kemaafan kepada kedua ibubapa saya, ahli keluarga, teman-teman dan sesiapa yang mengenali diri ini…sesungguhnya ampunkan lah segala khilaf yang telah saya lakukan selama ini…insyaAllah..kalau dipanjangkan umur, kita akan dapat bertemu lagi…sambutlah kejayaan ini dengan penuh kesyukuran..


Selamat Hari Raya Aidilfitri…


Maaf Zahir dan Batin…



#kasih sayang dan pengalaman membuatkan kita semakin kuat#

Jumpa lagi…



InsyaAllah, pada malam ini (17 september) saya akan balik kampung yang tercinta..mudah-mudahan saya dengan semua teman-teman yang lain balik kampung itu selamat tiba dan kembali ke UPSI semula dengan selamat..’selamat tinggal’ kepada motorku tercinta…nanti lepas raya nanti kita akan dapat ‘berjumpa’ kembali…
Bestnya..balik kampung…..

Tuesday, September 15, 2009

"...SELAMAT HARI LAHIR ABAH & MA..."


Kepada abahku yang bernama Ismail bin Muda, anakanda abah ini sangat sayangkan kepada abah tau..akan anakanda wa tidak akan lupakan susah payah abah dalam menyara keluarga kita ini…sesungguhnya abah..abahlah sebenarnya Role Model kepada anakanda wa ni tau…anakanda wa ini tidak akan lupakan sampai ke akhir hayat anakanda wa ini terutamanya semasa anakanda wa sakit pada masa dahulu..abah dan ma dan juga abang ngan kak menjaga anakanda wa sampai abah ngan ma kurus kerana menjaga anakanda wa ini…sesungguhnya abah telah banyak berkorban…insyaAllah abah..anakanda wa berjanji yang anakanda wa ni akan menyayangi abah ngan ma sampai ke akhir hayat anakanda wa ini..anakanda wa juga tidak sabar untuk bekerja kerana anakanda wa nak balas jasa balik (yang sebenarnya tidak terbalas untuk dibayar) kepada abah dan ma..

Kepada abah..selamat hari lahir yang ke 55 tahun kepada abah (15 September 1954)…anakanda khairul azwa bersama ngan abang (isma azizie) dan akak (kak wanie) dan nur khairah aqilah berdoakan agar abah sentiasa panjang umur dan murah rezeki…semoga keluarga kita sentiasa berbahagia sampai bile-bile…waktu bersama dengan ahli keluarga semualah adalah waktu yang wa betul-betul gembira…semoga abah ngan ma bertambah kasih sayang antara berdua…kami semua hanya mahukan abah ngan ma bergembira sampai bila-bila…

Kepada ma (Azizah binti Ahmad)..anakanda wa mohon kemaafan kerana tidak sempat untuk anakanda wa untuk menulis didalam blog ini semasa tarikh lahir ma itu..apapun, anakanda wa ini ingin mengucapkan selamat hari lahir (walaupun sebenarnya sudah ucapkan) yang ke 53 (24 Ogos 1956) kepada ma pada 24 Ogos yang lalu..anakanda wa ini sangat sayangkan kat ma tau..ma banyak berkorban untuk anakanda wa ini..bagi anakanda wa, ma juga merupakan Role Model kepada anakanda wa selama hidup…wa sangat sayangkan semua…

Wa sayang sangat-sangat kat abah dan juga ma..Wa juga sayangkan kat abang, akak dan juga nur khairah aqilah…anda semualah pelengkap hidup khairul azwa bin ismail ini…

Mmmmuuuaaahhh…..!!!!!!!!!!!!!!

"...TERIMA KASIH KHAIRAH..."



Kepada nur khairah aqilah, ayah su ingin ucapkan salam kasih sayang kat khairah tau…terima kasih kerana tadi apabila ayah su dengar suara khairah tadi, ayah su dapat redakan stress ayah su tadi..sedap je dengar suara khairah tadi yang xpndai cakap lagi tu..comel..hehehe..pepun terima kasih juga kepada akak kerana telefon kepada wa tadi dan bagi telefon kat khairah untuk bercakap ngan wa tadi…memang tadi wa sibuk sangat, tapi selepas itu, wa rasa tenang dah…memang khairah ini pandai ambik hati ayah su ekk..hehehe..oklah..sekarang sedang menghitung hari untuk balik kampung..tapi lambat lagi..cedihnya..sume dah balik dh..tapi janji akan balik jugak beraya kat rumah…

"...SALAHKAH SAYA..."



Adakah permintaan saya ini adalah sangat keterlaluan..saya hanya mahukan seseorang yang apabila bercakap dengan saya, dia dapat menyejukkan hati saya ini…percakapan yang lemah lembut itulah yang saya impikan daripada seseorang…mungkin tidak patut saya meminta sedemikian, akan tetapi, saya lebih selesa dengan seseorang seperti itu…yang dapat memberikan nasihat kepada saya dan bukan menyalahkan saya sekiranya saya melakukan kesalahan…selain daripada itu, saya mahukan wanita itu tidak mudah mengalah dan cepat salahkan diri sendiri...yang mana seharusnya melihat apakah dan kenapakan perkara itu terjadi dan bukan menyalahkan diri sendiri sepenuhnya...


apapun, ketika saya mengalami tekanan yang hebat, saya akan lebih selesa berhubung dengan ahli keluarga..ma, abah, abang, akak dan juga anak saudara tersayang..nur khairah aqilah…ayah su sangat sayang tau kat khairah..hehehe…oklah..

"...TUGASAN YANG BANYAK..."



Pada minggu ini, sungguh banyak assgg yang perlu disiapkan sehingga sudah 2 3 malam yang saya hanya tidur 2 jam sahaja untuk menyiapkan tugasan itu..sekarang itu, tugasan itu sudah siap dan hanya tinggal tugasan yang perlu diserahkan selepas raya nanti..terasa sungguh lega sekali..akan tetapi, masih yang perlu difikirkan adalah tesis ku yang ku rasakan yang saya perlu bergerak dengan pantas supaya apa yang dirancang itu dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan…

"...SAMBUNGAN JOURNEY PUTRAJAYA..."

Saya sudah hampir terlupa untuk m’update kan mengenai journey saya ke Putrajaya itu..sekadar penambah iaitu saya pergi dengan 2 kawan baik iaitu Apai (tyco) dengan Emie…masing-masing 3 buah motor..saya naik wave 125, apai lak wave 100 manakala emie 135 LC..jadi sume dah tau kan yang mana lebih power…hehehe..pepun kitaorang naik motor dengan berhemah..tidak terlalu laju dan juga tidak terlalu perlahan..kirenya ngam-ngam naik..yang tahu nya,kita bertiga selamat pergi dan selamat kembali..masa balik,kami bertiga berbuka puasa di KFC..nyum nyum..sedap..dah lama xmakan..hehehe..

BANGUNAN KOMPLEK E, PUTRAJAYA

Kepada apai dan emie, best dapat pi ngan kauorang naik motor ni pi Putrajaya hari itu..insyaAllah..kalau kesempatan lagi..kita pi sama-sama lagi…

"...SEKADAR UNTUK M'UPDATE BLOG JE..."

Salam..sudah lama tidak saya update dalam blog saya ini..mungkin sekarang saya mula berminat kepada facebook saya…klu sesiapa kelapangan, bolehla singgah sekejap kat facebook(fb) saya yang xseberapa itu..namany tetap nama penuh sama (khairul azwa)..buleh la sape2 yang nk komen kat situ yg ditujukan kepada saya…
Bulan Ramadhan sudah hampir menutup tirainya…bulan Syawal kian menjelang..akan tetapi banyak perkara lagi yang belum diselesaikan lagi..entahla..banyak perkara dan tekanan yang terpaksa dihadapi…harapnya saya kuat untuk menghadapi semua ini..

Tuesday, September 8, 2009

"...JOURNEY TO PUTRAJAYA..."

...PUTRAJAYA...


Salam..tengah hari ini (8 september), saya dengan kawan baikku, apai akan pergi ke Putrajaya untuk menyelesaikan sesuatu tugasan...kami akan pergi menaiki motosikal daripada Tg Malim ke Putrajaya..kami pergi dengan 2 buah motosikal...insyaAllah, petang nanti kami akan balik ke kolej...doakan agar kami selamat pergi dan balik hendaknya...


"...amin Ya Allah..."

"...JIKA AKU JATUH HATI..."

salam..saya sekadar hendak berkongsikan kepada semua mengenai video yang telah diberikan oleh seseorang yang saya hormati kerana pendiriannya itu...saya harapkan agar apa yang dikatakan di dalam video ini adalah doa daripada saya juga hendaknya..
Amin Ya Allah...

Thursday, September 3, 2009

Sakit Perut...



Hari ini entah kenapa saya sakit perut sejak sahur lagi sampailah masuk waktu berbuka pada hari ini..mungkin saya salah makan waktu sahur...t/hari tadi saya sudah pergi ke klinik dan telah mengambil ubat yang perlu...sehingga tadi saya terpaksa memonteng kelas Cik Ami (yang xpernah saya ponteng lagi) dan juga sesi bergambar..xpelah..mungkin tidak ada rezeki...harap sakit perut saya ini makin baik setelah makan ubat ini...dan pada hari ini juga Apai balik kampung...oklah..
Salam Ramdhan ke 13...
"...KASIH SAYANG akan membuatkan kita makin matang..."

Wednesday, September 2, 2009

Kucingku...

Salam Ramadhan untuk hari yang ke 12. Sedar tak sedar, hari ini dah masuk hari yang ke 12 dah kita berpuasa. tapi bile musabah balik ibadat yang telah kita lakukan pada hari ini, rasanya amatlah sedikit. mungkin selepas ini saya patut berubah. Pepun saya sekadar ingin berkongsi kenangan dengan kucing-kucing saya. ini gambar eksklusif tau. saya ada 6 ekor kucing, tetapi yang paling manja adalah 3 ekor je setakat ini manja dengan saya iaitu panjang, hitam & pendek..itulah nama yang diberikan oleh mamaku dan abahku kepada mereka...


"...3 ekor sekawan yang rapat..."


"...nama saya Hitam. comel tak saya..?"


"...nama saya Pendek..muka saya garang tak..?"

"...saya pula nama Panjang..saya lah abang kepada sume adek2 saya ni..."

Apa-apa pun, kenangan dengan 'mawi' seperti gambar dibawah tidak akan ku lupakan kerana ianya kucing yang paling ku sayang...mungkin bila ia sudah tiada, barulah kita tau betapa ia memberikan seribu makna dan terasa pemergiannya itu.


"pepun, selamat berpuasa kepada semua...
semoga kita mendapat keberkatan daripaNya..amin..."