Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Beberapa hari lagi, semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri…akan tetapi, kita juga merasakan kesedihan apabila melihat bulan Ramadhan ini hendak meninggalkan kita…diharapkan kita berkesempatan lagi untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan pada masa akan datang…amin…dikesempatan ini, ingin diri ini memohon sejuta keampunan kepada semua sekiranya diri ini pernah melakukan kekhilafan yang sengaja atau tidak sengaja…sesungguhnya diri ini tidaklah sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan…oleh itu, saya memohon agar dimaafkan segala kesalahan zahir dan batin…akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga tersayang (ma,abah,abang,kakak,khairah), kaum keluarga (tendong & tok jawa), insan tersayang, sahabat-sahabat Jmk Khar, teman-teman Upsi, warga Smk Kubang Kerian 1, warga Smk Sg Kruit dan semua yang mengenali diri ini…Salam Lebaran diucapkan…


MENANTI KEDATANGAN BULAN OKTOBER



Bulan Oktober adalah antara bulan yang sangat bermakna buat diri ini...mungkin ianya berkaitan dengan konvokesyen..akan tetapi, selain daripada itu, mungkin diri ini akan menunaikan janji yang sudah sekian lama tidak saya tunaikan iaitu menginap di rumah Faezzie@Aboy di Sungkai untuk beberapa malam…mungkin saya/cikgu berkesempatan pergi ke Sg Klah, Kg Guntung, Perlok dan lain-lain…juga rumah lama di kuartes…insyaAllah, kalau tidak ada masalah, mungkin saya/cikgu akan pergi antara 2hb hingga 4hb 10…bila sudah berjanji, diri ini mestilah kena tunaikan..insyaAllah…saya/cikgu akan sampai nanti…apa-apa pun, kepada warga Smk Sg Kruit yang bakal menghadapi peperiksaan, selamat menghadapi peperiksaan dengan sebaik mungkin…percayakan diri sendiri…

Bila Nak Kahwin...?

kahwin..???erm...
Bila nak kawin, bila nak bertunang dan lain-lain lagi…itulah antara ungkapan yang selalu keluar daripada sanak saudara apabila saya berjumpa dengan mereka…maklumlah..baru lepas habis belajar...tapi xkan lepas habis belajar terus kena kahwin kot...tak kije lagi la..ni lelaki...tapi entahlah…ikhlas diri ini berkata bahawa masih awal untuk mendirikan rumah tangga…memang ada hati untuk berkawin..siapa yang xnak kawin kan..akan tetapi, melihat diri ini belum stabil lagi…kawin ini bukanlah perkara yang boleh dibeli dikedai 7-eleven ke, tesco ke…akan tetapi, perkara yang paling penting dalam hidup…ada orang tua cakap biarlah diisi dahulu keinganan dalam hati itu..barulah kawin…bila memikirkan perkara itu, lambat lagi la nampaknya untuk diri ini berkawin…bukan apa, saya sejak dahulu lagi nak menukar laptop baru, ada Play Station, menambah “skirting” kereta dan mungkin memiliki motosikal lain…

itu perkara yang hendak difikirkan apabila berkerja nanti…memanglah perkara itu kalau difikirkan seperti budak kecil kan…akan tetapi, itulah perkara yang sentiasa ada dalam ‘first choice’ semasa berkerja dan memperolehi gaji sendiri…insyaAllah, kalau ada rezeki…kawin itu akan datang juga…coz diri ini juga mahukan sebuah keluarga bahagia..amin..kalau ada rezeki, tak ke mana…