Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, December 23, 2009

TEMAN SEJATIKU...






Keheningan mala mini membuatkan aku tetiba-tiba terfikirkan seseorang…mungkin sudah lama tidak aku berjumpe dengan dia…dialah teman baik ku dulu, kini dan selamanya…dialah tempat aku mengadu, besedih, bergurau senda, berkongsi pendapat, ‘bergaduh bola’ dan lain-lain…dia itu adalah Muhammad hafiez @ apai…

Aku mungkin agak kecewa dan sedih kerana aku lambat untuk mengenalinya…aku mula mengenalinya pada semester 3..pertama kali aku berjumpanya adalah didalam surau semasa meeting pertama rexco blok 2…agak lucu dan indah apabila aku mengenangkan kembali saat itu..pada semester 4 barulah aku mula rapat dengannya…pejam celik pejam celik, kini dia tidak lagi ada dengan aku…masing2 ada tanggungjawab yang perlu dilakukan…aku berada di Kelantan manakala apai berada di johor…aku juga tergelak sorang2 bila ada kawan-kawan satu kos (kaunseling) mengatakan kami tidak boleh berpisah..hahaha..xpe, yang aku tahu, aku selesa…banyak kenangan aku dengan apai…entahlah, terlalu banyak untuk aku nyatakan…

Tapi bagi aku, apai merupakan kawan, teman yang sangat baik..tidak dapat yang dapat mengantikannya..bagi aku, apai pada satu hari nanti akan menjadi pemimpin atau motivasi yang terkenal pada satu hari nanti…nanti bila dah terkenal itu, jangan lupakan khairul azwa ini pulak…aku jugak bangga kerana telah berjaya ‘menkelatekan’ Muhammad Hafiez ni menjadi ore kelate…sehingga sudah pandai sedikit sebanyak kecek kelate…hahaha…

Disini jugak, khairul azwa ini hendak mengucapkan kepada apai terima kasih kerana telah banyak membantu wa ini dalam semua perkara…didalam JMK, ko adalah YDP yang paling terbaik sekali…ko mempunyai ciri2 pemimpin yang berkaliber…ko ada prinsip yang ko pegang…terima kasih kerana memilih wa jadi setiausaha blok 2 pada masa dulu kerana jika aku tak jadi setiausaha blok 2, mungkin aku tidak layak menjadi JMK…terima kasih juga kerana banyak membantu dalam pelajaran dan perkara lain-lain…

Pepun ko pernah janji yang ko nak bagi bunga kat aku masa konvo nanti…hahaha..akan ku tuntut janji mu itu…=)


"fun fries yang menjadi simbolik apai...=)"

Akhir sekali, aku tetap ingat kan mu..klu kawin tu, jangan lupe jemput aku…aku mesti datang punye…yang penting sekali, you will never walk alone…huhuhu…salam cikgu dihati...
assalamualaikum w.b.t....

KELAHIRAN BARU

Sekarang, aku sudah mempunyai ‘kekasih hati’ yang terbaru pula…terima kasih kepada abah dan ma kerana telah bersusah payah mencari ‘kekasih’ baru anakanda ini…akan tetapi, kepada ‘kekasih’ lama, wa tetap sayang la…kerana kedua-duanya khairul azwa ini tetap menyanyangi kedua-dua…itulah kehadiran baru DBN…sekarang, DBF ngan DBN akan berada didalam hati khairul azwa ini…
Kekasih pertama…Honda Wave 125…DBF…….Kekasih terbaru…Saga BLM…DBN…
DBF & DBN kedua-duanya disayangi sepenuh hati….mmuuaahhh….
*gambar DBN akan dimasukkan nanti*

HUTAN KAWASAN RUMAHKU DISERANG...








Disini juga aku ingin memasukkan gambar rumahku yang telah ‘diserang’…dahulunya terdapat hutan (seluas 3 hektar) dihadapan rumahku…hutan yang ditumbuhi pokok getah yang subur menghijau tanpa ada sesiapa yang menorehnya..(sebab tuan tanah ini dah kaya dah…) setelah sekian lama, akhirnya hutan ini sudah tiada lagi…kini seperti ‘padang jarak padang terkukur’…bile hutan ini tidak ada lagi, kelihatan kawasan umahku ini begitu luas…akan tetapi, apa yang diketahuinya, kawasan ini didalam perancangan kerajaan untuk membangunkan tempat ini…apa yang pentingnya, perancangan ini memberikan faedah kepada semua…

Monday, December 14, 2009

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

Selamat Hari Lahir kepada insan tersayang iaitu Radiah Fatihah pada 14 Disember...
semoga sayang panjang umur dan murah rezeki...senyum selalu...

sweet 23...

*minta maaf sebab lambat wish&post kat blog ni..*

Sunday, November 29, 2009

SELAMAT BERTUNANG...

"...selamat bertunang kak na..."


Selamat bertunang saya ucapkan kepada sepupu saya, Kak Na yang selamat berlangsung pada hari ini (29 November) di teratak rumah tercinta di Bunut Susu...

Semoga pertunangan ini akan membawakan seribu makna dan kebahagiaan kepada mereka...amin...

Selamat Bertunang...

SALAM AIDILADHA...



Mungkin belum terlambat lagi untuk saya ucapkan salam aidiladha kepada semua bloggers yang sudi menjenguk blog saya yang xseberapa ini…terima kasih…



Terlebih dahulu sayai ingin ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada keluarga tercinta (ma,abah,abang, kakak & anak buah tersayang, nur khairah aqilah). Juga diucapkan selamat hari raya aidiladha kepada insan tersayang, radiah fatihah…Tidak lupa juga kepada teman karibku yang amat ku sayangi, apai@hafiez@arshavin selamat hari raya aidiladha, Juga kepada roomate tersayang, hafizuddin...rindu kat demo la..hahahaha...kepada juga semua kawan-kawan Bimbingan & Kaunseling, JMK Khar 08/09, JMK Khar 09/10, teman-teman yang mengenali diri ini, saya ingin menyusun kemaafan jika ada tersalah & terkhilaf kepada semua.



Semoga hari raya korban kali ini akan membawa seribu erti pengorbanan kepada kita untuk menghayati apakah itu makna pengorbanan kepada kita semua.



Salam kasih sayang kepada semua….

Selamat hari raya aidiladha & hari raya korban…

SELAMAT HARI LAHIR NUR...

"...saya dgn nur sambil syahir khusyuk membaca majalah dibelakang tu..."


Selamat Hari Lahir wa ucapkan kepada teman baikku, Nurrohmah@Nur pada 28 November. Pepun jangan bertukar ngan cite Nur Kasih lak...hehehehe...gurau je...
Apa-apa pun, Wa doakan agar Nur sentiasa berbahagia dan senyum sokmo ok…semoga Nur panjang umur, murah rezeki dan diberkati olehNya hendaknya…amin…


InsyaAllah..klu ada rezeki, dapat berjumpa lagi…


Sweet 22…

Sunday, November 22, 2009

PENAT



Assalamualaikum…sudah lama tidak saya update blog saya ini..mungkin kekangan masa dan perkara yang membataskan saya untuk meluangkan sedikit masa untuk mengupdate blog saya ini…

Kesibukan menghadapi peperiksaan, persediaan pembentangan dapatan kajian tesis, taklimat praktikum dan perkara-perkara lain sangat ‘memenatkan’ saya…7 paper yang saya ambil pada semester ini adalah cukup ‘menyeksakan’ ditambah dengan tesis yang perlu disiapkan…akan tetapi, dengan semangat daripada keluarga, insan tersayang, teman karib dan semua sahabat telah membuatkan saya kuat untuk menghadapi semuanya….terima kasih saya ucapkan…

Sekarang, sudah bermulanya cuti semester bagi semua pelajar UPSI, akan tetapi, saya masa berada di sini untuk menyiapkan tesis yang perlu disiapkan…esok adalah ‘penentu’ kepada saya kerana setelah menghantarkan draf untuk kali ke-3 tesis kepada pensyarah penyelia saya, esok adalah jawapan adakah sudah layak untuk saya jilid tesis itu atau akan diperbaiki lagi…kekangan masa dan perkara telah membuatkan saya ‘penat’ untuk memikirkan semua ini…akan tetapi, saya perlu untuk kuat dan berusaha…insyaAllah…semua itu akan dapat saya hadapinya dengan tenang dan berjaya…

Semoga Allah akan mempermudahkan segala urusan saya ini…juga semoga Allah merahmati dan menjaga keselamatan kepada abahku dan abangku semasa perjalanan menuju ke UPSI dan balik ke Kelantan nanti…insyaAllah…amin…

Semoga perancangan saya ini diberkati dan dipermudahkan segala urusan yang saya lakukan..amin…

Wednesday, October 28, 2009

"...takziah kepada adeq illya..."


Assalamualaikum...

Takziah saya ucapkan kepada adeq illya di atas pemergian nenek tercinta ke Rahmatullah…semoga adeq tabah dan kuat untuk hadapi semua ini…abg wa tau yang adeq abg ni kuat hadapi semua ini…abg doakan agar roh nenek adeq akan ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman..amin..

al-fatihah…
"...adeq illya mmg seorang yang kuat semangat..."

Thursday, October 15, 2009

Penat…

Penat…itulah perkataan yang boleh saya bagitau untuk pada masa ini…terlebih dahulu, saya ingin memberitahu yang saya baru saja pulang ke kampung dan selamat kembali ke kampus pada awal pagi semalam (14hb). Saya balik ke kampung untuk menguruskan tesis saya iaitu mengedarkan soal selidik di sekolah kajian saya iaitu sekolah lama saya (smk kubang kerian 1). Di sini, saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik-adik semua kerana sudi menjadi responden dalam tesis saya ini. Terima kasih juga kepada adik Fatien kerana dah banyak menolong abang Wa ini semasa mengedarkan soal selidik ini…juga terima kasih kepada Kak Za kerana banyak membantu secara tidak langsung…insyaAllah, sekiranya berkesempatan lagi, akan Abang Long ini akan pergi lagi ke Perpustakaan itu…juga minta maaf kerana tidak dapat menghadiri jamuan akhir tahun PSS pada hari sabtu ini…semoga majlis itu berjalan dengan lancar…abang long terharu kerana kalian masih ingat lagi kepada Presiden PSS 04/05 ini ekk..terima kasih atas jemputan itu…

Selain daripada itu, semasa balik kampung ini juga, dapatlah saya merehatkan seketika daripada kesibukkan di kampus semasa berada dirumah. Dapat menatap wajah ayahanda dan bonda sudah cukup membahagiakan saya ini…walaupun tidak sempat untuk berjumpa dengan abang dan akak juga dengan anak saudara tersayang, khairah…akan tetapi ianya sudah cukup menenangkan perasaan ini…juga dapat berjumpa dengan insan tersayang sudah memadai buat saya menjadikan bekal untuk hari esok...Selain daripada itu, terima kasih juga diucapkan kepada abah dan ma tercinta kerana memberikan galakan untuk menyiapkan tesis ini..

Teruskan belajar dan melakukan perkara yang terbaik dalam hidup kita…buat sesuatu itu mestilah wolrd…salam sayang daripada saya…jumpa lagi…

Takziah kepada Nur & Afiti…

Takziah saya ucapkan kepada teman saya iaitu Nurrohmah (Nur) dan juga Afiti di atas permegian ayahanda tercinta ke Rahmatullah…semoga berdua kalian tetap kuat dan redha dengan apa yang berlaku…semoga roh mereka akan ditempatkan di tempat golongan orang yang bertaqwa..amin..


"...ngan nur..."
Semoga Nur ngan Afiti kuatkan semangat ekk...

...Al-Fatihah…

Monday, October 5, 2009

"...salam kembali..."

Salam…sudah lama tidak saya m’update blog ini…akan tetapi ada satu perkara yang saya mesti ubah akan sikap saya ini…entah kenapa saya mementingkan perkara yang langsung tidak berkaitan dengan diriku ini…padahal ianya adalah sekadar permainan yang mana ianya hanya sedikit sahaja menganggu emosi saya…akan tetapi saya mengutamakan kepada perkara tersebut berbanding perkara yang lebih penting lagi iaitu tesis saya…

Pada perancangan asal, saya hendak balik pada minggu ini ke Kelantan bagi menguruskan tesis saya yang saya jalankan disekolah lamaku itu iaitu smk kubang kerian 1…akan tetapi kerana inginkan melihat perlawanan bola sepak, saya mengenepikan semua ini…oleh itu, saya sudah mendapat pengajaran bahawa saya patut mengutamakan sesuatu yang lebih penting lagi berbanding semua itu…


SITI NURHALIZA

Memetik kata-kata dari Siti Nurhaliza, sesungguhnya perkara yang tidak penting yang dapat menganggu kehidupan seharian kita, bagi saya semua itu adalah SAMPAH bagi saya…oleh itu, saya mesti berpegang kepada kata-kata Siti bahawa semua perkara yang tidak penting itu adalah SAMPAH…kenapa saya mesti membiarkan perkara itu mempengaruhi kehidupan saya dengan menyebabkan kehidupan seharian terganggu…

Adalah sangat penting sekarang adalah melihat kehadapan dengan perkara yang lebih berguna dan penting dalam kehidupan seharian…apa-apa pun, adalah tidak salah untuk saya ‘layan’ akan tetapi tidak sampai ianya menganggu kehidupan saya…

"...MENYIAPKAN TESIS..."

Apa-apa pun, saya akan merancang dengan sebaik mungkin supaya kerja-kerja saya ini akan dapat diuruskan dengan berjaya.

“…If You Think You Can, You Can Do It…”

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya…



Kepada semua teman-teman, saya dengan rendah diri ingin memohon kemaafana sekiranya saya ada terlanjur kata, terlanjur perbuatan, terlanjur mengata, terlanjur mengumpat dan lain-lain yang dapat membangkitkan dosa kepada saya, saya menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki memohon kemaafan kepada kedua ibubapa saya, ahli keluarga, teman-teman dan sesiapa yang mengenali diri ini…sesungguhnya ampunkan lah segala khilaf yang telah saya lakukan selama ini…insyaAllah..kalau dipanjangkan umur, kita akan dapat bertemu lagi…sambutlah kejayaan ini dengan penuh kesyukuran..


Selamat Hari Raya Aidilfitri…


Maaf Zahir dan Batin…



#kasih sayang dan pengalaman membuatkan kita semakin kuat#

Jumpa lagi…



InsyaAllah, pada malam ini (17 september) saya akan balik kampung yang tercinta..mudah-mudahan saya dengan semua teman-teman yang lain balik kampung itu selamat tiba dan kembali ke UPSI semula dengan selamat..’selamat tinggal’ kepada motorku tercinta…nanti lepas raya nanti kita akan dapat ‘berjumpa’ kembali…
Bestnya..balik kampung…..

Tuesday, September 15, 2009

"...SELAMAT HARI LAHIR ABAH & MA..."


Kepada abahku yang bernama Ismail bin Muda, anakanda abah ini sangat sayangkan kepada abah tau..akan anakanda wa tidak akan lupakan susah payah abah dalam menyara keluarga kita ini…sesungguhnya abah..abahlah sebenarnya Role Model kepada anakanda wa ni tau…anakanda wa ini tidak akan lupakan sampai ke akhir hayat anakanda wa ini terutamanya semasa anakanda wa sakit pada masa dahulu..abah dan ma dan juga abang ngan kak menjaga anakanda wa sampai abah ngan ma kurus kerana menjaga anakanda wa ini…sesungguhnya abah telah banyak berkorban…insyaAllah abah..anakanda wa berjanji yang anakanda wa ni akan menyayangi abah ngan ma sampai ke akhir hayat anakanda wa ini..anakanda wa juga tidak sabar untuk bekerja kerana anakanda wa nak balas jasa balik (yang sebenarnya tidak terbalas untuk dibayar) kepada abah dan ma..

Kepada abah..selamat hari lahir yang ke 55 tahun kepada abah (15 September 1954)…anakanda khairul azwa bersama ngan abang (isma azizie) dan akak (kak wanie) dan nur khairah aqilah berdoakan agar abah sentiasa panjang umur dan murah rezeki…semoga keluarga kita sentiasa berbahagia sampai bile-bile…waktu bersama dengan ahli keluarga semualah adalah waktu yang wa betul-betul gembira…semoga abah ngan ma bertambah kasih sayang antara berdua…kami semua hanya mahukan abah ngan ma bergembira sampai bila-bila…

Kepada ma (Azizah binti Ahmad)..anakanda wa mohon kemaafan kerana tidak sempat untuk anakanda wa untuk menulis didalam blog ini semasa tarikh lahir ma itu..apapun, anakanda wa ini ingin mengucapkan selamat hari lahir (walaupun sebenarnya sudah ucapkan) yang ke 53 (24 Ogos 1956) kepada ma pada 24 Ogos yang lalu..anakanda wa ini sangat sayangkan kat ma tau..ma banyak berkorban untuk anakanda wa ini..bagi anakanda wa, ma juga merupakan Role Model kepada anakanda wa selama hidup…wa sangat sayangkan semua…

Wa sayang sangat-sangat kat abah dan juga ma..Wa juga sayangkan kat abang, akak dan juga nur khairah aqilah…anda semualah pelengkap hidup khairul azwa bin ismail ini…

Mmmmuuuaaahhh…..!!!!!!!!!!!!!!

"...TERIMA KASIH KHAIRAH..."



Kepada nur khairah aqilah, ayah su ingin ucapkan salam kasih sayang kat khairah tau…terima kasih kerana tadi apabila ayah su dengar suara khairah tadi, ayah su dapat redakan stress ayah su tadi..sedap je dengar suara khairah tadi yang xpndai cakap lagi tu..comel..hehehe..pepun terima kasih juga kepada akak kerana telefon kepada wa tadi dan bagi telefon kat khairah untuk bercakap ngan wa tadi…memang tadi wa sibuk sangat, tapi selepas itu, wa rasa tenang dah…memang khairah ini pandai ambik hati ayah su ekk..hehehe..oklah..sekarang sedang menghitung hari untuk balik kampung..tapi lambat lagi..cedihnya..sume dah balik dh..tapi janji akan balik jugak beraya kat rumah…

"...SALAHKAH SAYA..."



Adakah permintaan saya ini adalah sangat keterlaluan..saya hanya mahukan seseorang yang apabila bercakap dengan saya, dia dapat menyejukkan hati saya ini…percakapan yang lemah lembut itulah yang saya impikan daripada seseorang…mungkin tidak patut saya meminta sedemikian, akan tetapi, saya lebih selesa dengan seseorang seperti itu…yang dapat memberikan nasihat kepada saya dan bukan menyalahkan saya sekiranya saya melakukan kesalahan…selain daripada itu, saya mahukan wanita itu tidak mudah mengalah dan cepat salahkan diri sendiri...yang mana seharusnya melihat apakah dan kenapakan perkara itu terjadi dan bukan menyalahkan diri sendiri sepenuhnya...


apapun, ketika saya mengalami tekanan yang hebat, saya akan lebih selesa berhubung dengan ahli keluarga..ma, abah, abang, akak dan juga anak saudara tersayang..nur khairah aqilah…ayah su sangat sayang tau kat khairah..hehehe…oklah..

"...TUGASAN YANG BANYAK..."



Pada minggu ini, sungguh banyak assgg yang perlu disiapkan sehingga sudah 2 3 malam yang saya hanya tidur 2 jam sahaja untuk menyiapkan tugasan itu..sekarang itu, tugasan itu sudah siap dan hanya tinggal tugasan yang perlu diserahkan selepas raya nanti..terasa sungguh lega sekali..akan tetapi, masih yang perlu difikirkan adalah tesis ku yang ku rasakan yang saya perlu bergerak dengan pantas supaya apa yang dirancang itu dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan…

"...SAMBUNGAN JOURNEY PUTRAJAYA..."

Saya sudah hampir terlupa untuk m’update kan mengenai journey saya ke Putrajaya itu..sekadar penambah iaitu saya pergi dengan 2 kawan baik iaitu Apai (tyco) dengan Emie…masing-masing 3 buah motor..saya naik wave 125, apai lak wave 100 manakala emie 135 LC..jadi sume dah tau kan yang mana lebih power…hehehe..pepun kitaorang naik motor dengan berhemah..tidak terlalu laju dan juga tidak terlalu perlahan..kirenya ngam-ngam naik..yang tahu nya,kita bertiga selamat pergi dan selamat kembali..masa balik,kami bertiga berbuka puasa di KFC..nyum nyum..sedap..dah lama xmakan..hehehe..

BANGUNAN KOMPLEK E, PUTRAJAYA

Kepada apai dan emie, best dapat pi ngan kauorang naik motor ni pi Putrajaya hari itu..insyaAllah..kalau kesempatan lagi..kita pi sama-sama lagi…

"...SEKADAR UNTUK M'UPDATE BLOG JE..."

Salam..sudah lama tidak saya update dalam blog saya ini..mungkin sekarang saya mula berminat kepada facebook saya…klu sesiapa kelapangan, bolehla singgah sekejap kat facebook(fb) saya yang xseberapa itu..namany tetap nama penuh sama (khairul azwa)..buleh la sape2 yang nk komen kat situ yg ditujukan kepada saya…
Bulan Ramadhan sudah hampir menutup tirainya…bulan Syawal kian menjelang..akan tetapi banyak perkara lagi yang belum diselesaikan lagi..entahla..banyak perkara dan tekanan yang terpaksa dihadapi…harapnya saya kuat untuk menghadapi semua ini..

Tuesday, September 8, 2009

"...JOURNEY TO PUTRAJAYA..."

...PUTRAJAYA...


Salam..tengah hari ini (8 september), saya dengan kawan baikku, apai akan pergi ke Putrajaya untuk menyelesaikan sesuatu tugasan...kami akan pergi menaiki motosikal daripada Tg Malim ke Putrajaya..kami pergi dengan 2 buah motosikal...insyaAllah, petang nanti kami akan balik ke kolej...doakan agar kami selamat pergi dan balik hendaknya...


"...amin Ya Allah..."

"...JIKA AKU JATUH HATI..."

salam..saya sekadar hendak berkongsikan kepada semua mengenai video yang telah diberikan oleh seseorang yang saya hormati kerana pendiriannya itu...saya harapkan agar apa yang dikatakan di dalam video ini adalah doa daripada saya juga hendaknya..
Amin Ya Allah...

Thursday, September 3, 2009

Sakit Perut...



Hari ini entah kenapa saya sakit perut sejak sahur lagi sampailah masuk waktu berbuka pada hari ini..mungkin saya salah makan waktu sahur...t/hari tadi saya sudah pergi ke klinik dan telah mengambil ubat yang perlu...sehingga tadi saya terpaksa memonteng kelas Cik Ami (yang xpernah saya ponteng lagi) dan juga sesi bergambar..xpelah..mungkin tidak ada rezeki...harap sakit perut saya ini makin baik setelah makan ubat ini...dan pada hari ini juga Apai balik kampung...oklah..
Salam Ramdhan ke 13...
"...KASIH SAYANG akan membuatkan kita makin matang..."

Wednesday, September 2, 2009

Kucingku...

Salam Ramadhan untuk hari yang ke 12. Sedar tak sedar, hari ini dah masuk hari yang ke 12 dah kita berpuasa. tapi bile musabah balik ibadat yang telah kita lakukan pada hari ini, rasanya amatlah sedikit. mungkin selepas ini saya patut berubah. Pepun saya sekadar ingin berkongsi kenangan dengan kucing-kucing saya. ini gambar eksklusif tau. saya ada 6 ekor kucing, tetapi yang paling manja adalah 3 ekor je setakat ini manja dengan saya iaitu panjang, hitam & pendek..itulah nama yang diberikan oleh mamaku dan abahku kepada mereka...


"...3 ekor sekawan yang rapat..."


"...nama saya Hitam. comel tak saya..?"


"...nama saya Pendek..muka saya garang tak..?"

"...saya pula nama Panjang..saya lah abang kepada sume adek2 saya ni..."

Apa-apa pun, kenangan dengan 'mawi' seperti gambar dibawah tidak akan ku lupakan kerana ianya kucing yang paling ku sayang...mungkin bila ia sudah tiada, barulah kita tau betapa ia memberikan seribu makna dan terasa pemergiannya itu.


"pepun, selamat berpuasa kepada semua...
semoga kita mendapat keberkatan daripaNya..amin..."

Saturday, August 29, 2009

Lif di Kolej Harun Aminurrashid,UPSI...

Kolej saya iaitu Kolej Harun Aminurrashid (Khar) ini sememangnya adalah bangunan yang paling tinggi di kawasan tg malim ni..dari jauh lagi sudah nampak mercu tanda Khar ini..dan apa yang pasti ada adalah lif..pernah satu ketika saya naik lif, ada lah sorang 'cikgu' yang 'hobinya' tekan sume butang tingkat yang ada dalam lif itu...pada teman-teman yang tinggal di tingkat 9 tu, mau jugak la geram nak 'makan' orang yang buat tu..selain itu juga, semasa lif itu terlampau banyak orang didalamnya, ianya juga menyebabkan lif tu lambat tuk naik setingkat demi setingkat...

akan tetapi, saya ada petua macam mana hendak atasi masalah boring agar tidak bosan semasa naik lif di kolej Khar UPSI ini...catat dan buat tau..
saya ada 11 tips & petua ni...

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari/a! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapal terbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.
10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"

"...daripada saya; khairul azwa ismail aka kai..selamat mencuba..."

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum…bulan Ramadhan sudah kembali..pada permulaanya, saya seperti tidak mempercayai yang kini saya sudah berada dalam bulan Ramadhan...saya seperti tidak banyak persediaan untuk menghadapinya…akan tetapi, lama kelamaan saya dapat menerimanya kedatangan bulan yang berkat ini…insyaAllah, akan saya isikan dengan perkara yang berfaedah supaya saya lebih mendekatkan diri kepadaNya..amin…


Terlebih dahulu, saya hendak memohon maaf kepada semua sekiranya saya ada melakukan kesalahan yang terzahir atau yang terbatin…khairul azwa bin ismail ini memohon maaf kepada semua…


Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa..jangan ponteng puasa tau..dan juga selalulah pergi menunaikan solat sunat Terawih ini…
Wassalam…

azwa ‘patah kaki..’??


Salam…jangan terkejut kerana saya bukanlah patah kaki sebenarnya…cuma saya seperti tidak tahu dan hilang arah sedikit apabila teman baik saya iaitu apai tidak ada disini…dia ada sedikit masalah kesihatan yang memaksa beliau pulang ke kampong halaman buat sementara waktu…tinggallah saya keseorang disini…entahlah,biasanya setiap hari saya akan pergi makan malam dengan dia,pergi kuliah dengan dia, saya juga selalu sakat dengan dia pasal Liverpool dengan Arsenal…hehehehe…tetapi sekarang pergi makan pun seorang, pergi kelas pun seorang juga..xpe lah..dulu terasa jugak, tetapi sekarang saya kenalah menerima semua itu…


Pepun sekarang, terima kasih saya ucapkan kepada Stanley dan yang lain-lain kerana banyak minggu ini saya menghabiskan masa dengan kalian…pepun azwa ini akan doakan agar sahabat baik saya itu cepat sembuh dan kembali seperti biasa…azwa ini tidak sabar hendak tunggu masa “engkau dengan aku tengok game bola team Liverpool ngan Arsenal..kire bajet arsenal hebat sangat la…Liverpool dah kambali ke landasanya la..”


Akhir kata, saya berharap semua kalian sahabat sentiasa berada di dalam keredhaanNya..amin…

‘hadiah’ istimewa daripada seorang sahabat..

Terima kasih kepada seseorang yang saya ingin ucapakan…terima kasih kerana banyak membantu saya dan memberikan tunjuk ajar…juga semasa diri ini memerlukan nasihat dan teguran, terima kasih…

Kak Ngah @ Alice @ Gan How Kwong

Mungkin sudah lama untuk saya menyepikan diri untuk men’update’ blog saya ini…mungkin ada yang terfikir kenapa saya menulis tajuk untuk post saya kali ini dengan “Kak Ngah @ Alice @ Gan How Kwong”…mungkin teman lama saya akan mengetahuinya..saya terlintas kepadanya semasa saya mendengar lagu daripada kumpulan backstreet boys ini…ianya telah mengingatkan saya kepada kenangan lalu saya semasa disekolah dahulu…

Dia merupakan kakak angkat saya semasa saya tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dahulu di sekolah smk kubang kerian 1..banyak kenangan dahulu yang mungkin kalau saya ceritakan tidak akan cukup dan terlampau banyak…cukuplah saya dapat memberitahu yang dia banyak membantu saya dari segi semua aspek dalam kehidupan saya…dia banyak membantu diri ini…untuk pengetahuan, saya masih menyimpan lagi surat-surat daripadanya..agak lucu apabila saya membacanya kembali surat itu..

Baru-baru ini juga saya bertembung dengan dia di KB Mall…mungkin itu pertemuan saya yang pertama dengan dia dalam tempoh 3tahun lebih…apa-apa pun, kak ngah saya itu sangat cantik tau..hehehe…pepun lepas ini, harapnya saya akan dapat berjumpa dengan dia lagi kerana saya tidak sempat untuk mendapatkan nombor telefonnya…

Oklah Kak Ngah@Alice, azwa@nick berharap semoga kak ngah@alice sentiasa berbahagia dan sihat selalu…sekiranya ada rezeki,kita akan dapat berjumpa lagi…terima kasih

Tuesday, August 11, 2009

aku tetap aku...

Selepas ini, didalam blog saya ini akan saya mengemukakan soalan atau pandangan yang mungkin boleh dikongsikan bersama kepada sesiapa yang sudi menjenguk dalam blog saya ini…mungkin itu pembaharuan yang saya buat selepas sedikit pembaharuan dari segi penampilan pakaian ke kuliah yang telah saya ubah..akan tetapi, masih ada lagi yang tidak saya ubah..bagi saya, ia mestilah sedikit demi sedikit melakukan supaya tidak terlalu keterlaluan…
Terima Kasih…
Kasih Sayang dan Pengalaman akan menjadikan kita semakin kuat…

smk sg kruit, sungkai...

Sudah agak lama sudah tidak saya men’update’ blog saya ini..mungkin dengan sedikit kesibukan tugasan dan lain-lain, memungkinkan saya tidak dapat meluangkan sedikit masa untuk blog ini..pada minggu yang lalu, sebelum cuti mid term & h1n1 ini dibuka, saya bersama-sama dengan teman-teman pergi survey sekolah yang saya akan praktikum pada semester akan datang..hal ini kerana saya tidak menjumpai sekolah berkenaan walaupun saya telah pergi survey pada 2minggu yang lepas..mungkin factor saya menunggang motosikal menyebabkan saya tidak perasan yang sekolah itu hanya di tepi jalan sahaja..sekolah yang dimaksudkan itu adalah SMK Sg Kruit..
insyaAllah…akan saya datang ke sekolah itu pada semester akan datang…

Aquilani akan lebih hebat daripada Alonso…

Aquilani


Alonso, mungkin itu adalah nama yang tidak mungkin lagi saya akan sebut kerana itu semua sudah menjadi sejarah pada saya…apa-apa pun, akan tetap saya ingat kenangan semasa dia menyarung jersi Liverpool..kelibat mu itu semasa menyarung jersi Liverpool amatlah digeruni oleh pihak lawan terutamanya apabila kelibat Alonso & Macherano di bahagian tengah bersama Gerrard & Torres di bahagian serangan..akan tetapi itu semua akan menjadi ingatan..apa-apa pun, kehadiran pemain Italy iaitu Aquilani akan memberikan impak yang baru dalam skuad Liverpool ini…akan tidak saya sabar untuk melihat kebolehan pemain baru Liverpool ini…
Akan tetapi, jangan memandang rendah kepada keupayaan gandingan Macherano dengan Aquilani ini..
You Will Never Walk Alone…The Reds...

Kak J


Kepada temanku Kak J, saya menerima pesanan daripada apai & che eshah, lalu saya membaca pesanan itu yang memberitahu bahawa ayahanda tercinta kak J sudah kembali ke Rahmatullah..kepada kak J, semoga kak J terus kuat hadapi dugaan ini…untuk pengetahuan kak J, bagi wa kak J adalah seorang teman wa yang sangat wa senangi dengan senyuman kak J itu tidak kira semasa kak J gembira atau sedih…wa tau kak J kuat dalam menghadapi dugaan semua ini…apa-apa pun, wa akan doakan agar kak J terus kuat dan tabah dalam menghapi dugaan ini…

Al-fatihah…

Hot Spring Sungkai,Sg Bil dan Kalumpang...


Terima kasih saya ucapkan kepada teman-teman saya yang telah memperkenalkan kepada saya tempat-tempat yang menarik di Perak ini..walaupun sudah hampir 3tahun lebih berada di Perak ini, kebanyakkan tempat-tempat yang menarik di UPSI ini adalah saya pergi di atas ‘tiket’ mana-mana program atau organisasi..sebagai contoh sebagai tugasan assgg, sebagai kelana siswa dan juga sebagai JMK Khar…antara tempat yang telah ditunjukkan kepada saya adalah tempat Hot Spring Sungkai, Sungai Bil dan akhirnya Kalumpang…

Akan tetapi, tempat yang tidak akan dilupakan adalah tempat sungai bil…ingat lagi tak abang yang memakai seluar pendek tetapi menegur untuk pergi solat..macam tidak sesuai..macam lah kami ini tidak ingat hendak solat…pepun, saya merasa best sangat dapat jalan-jalan…mungkin itu adalah hobi baru saya kot..hehehehe..Apa-apa pun, banyak tempat lagi yang tidak dilawati oleh saya…akan saya lawati satu hari nanti…insyaAllah…

Hobi Baru Saya..??

Semasa cuti mid sem hari itu, saya sempat berjalan-jalan ke tempat menarik di negeri tercinta saya ini iaitu Kelantan Darul Naim…saya pada hari itu meminta izin daripada abahku untuk saya meminjam keretanya untuk berjalan-jalan..saya pergi hanya seorang diri sahaja..
Antara tempat yang aku lawati adalah tempat tokong Buddha yang besar yang ada di Tumpat..tempat itu adalah di tepi jalan sahaja..jadi saya tidak perlulah untuk masuk kerana merasakan yang saya tidak boleh masuk…walaupun saya tinggal di Kelantan, akan tetapi banyak tempat yang belum lagi saya lawati..insyaAllah..klu ada rezeki, akan saya melawati lagi ke tempat lain di negeri Kelantan tercinta ini…
Akan tetapi, akan saya tidak akan lupakan yang saya sesat semasa hendak ke Rantau Panjang daripada Pengakalan Kubor..tempat itu adalah berdekatan dengan sempadan Siam, jadi sudah semestinya banyak jalan yang ada sekatan Kastam dan Polis..ianya sedikit sebanyak merisaukan saya kerana hanya saya seorang sahaja dijalan itu di tengah-tengah sawah…selepas itu, saya mengambil keputusan yang saya berpatah balik dan memutuskan untuk balik ke rumah sahaja..apa-apa pun, akan saya mengambil keputusan untuk mengunakan GPS selepas ini sekiranya ingin pergi ke tempat yang belum saya kenali lagi..terima kasih kepada abahku tersayang kerana mengajar akan saya menggunakan alat GPS ini…sayang abah…

Friday, July 24, 2009

Rutin harian terbaruku...

Futsal
Jogging


InsyaAllah..sesibuk mana untuk semester ini dengan mengambil 23 jam kredit, akan tetapi, saya akan cuba memastikan bahawa saya akan jogging dan bermain futsal di dataran kolej setiap hari sekiranya tidak bertembung dengan kuliah...selain untuk meningkatkan stamina, dengan bersukan ini saya dapat merasakan kelainan kerana saya berasa lebih cergas dan 'sedap badan' berbanding dahulu..mungkin pada permulaannya akan terasa kejang pada otot2 kerana mungkin saya sudah lama tidak bersukan ..tetapi jangan pandang khairul azwa ini sebelah mata kerana pada sekolah menengah dahulu, azwa ini adalah atlet 100meter dan lompat jauh serta ping pong tau..mungkin di universiti ini terasa malas untuk bersukan kerana memang dah malas...hehehehe..selain itu, badan pun dah naik berbanding masa aktif sukan dahulu menyebabkan malas nak bersukan..

oklah..majulah sukan untuk Khar..ahaha..

Wednesday, July 22, 2009

entahlah...


Apabila saya sangat tension, akan saya dengarkan lagu daripada siti nurhaliza..selain itu juga, aku mesti akan dengar lagu daripada OST sepi..tidak kisahlah sesiapa ingin mengatakan yang saya ini lembut atau tidak, akan tetapi dengan mendengarkan lagu daripada lagu siti nurhaliza ini, saya dapat merelakskan diri ini buat sementara waktu..entahlah..saat ini terasa diri ini sangat terlalu tertekan..enthlah..apabila perasaan ini saya membenarkan ia menguasai dalam diri ini…akan tetapi, diri ini masih lagi dapat berfikir dengan rasional lagi…apa-apa pun biarlah ianya rahsia…kepada seseorang, diri ini selalu mendoakan yang terbaik..

entahlah kenapa diri ini terasa sangat cemburu walaupun ku tahu bahawa diri ini tidak layak untuk merasakan demikian..akan tetapi, yang paling penting sekali melihat dia itu tersenyum sudah mampu membuatkan diri ini gembira..

praktikum…


saya tidak perlu ‘berseronok’ lagi buat masa ini apabila saya mengisi borang permohonan untuk membuat praktikum pada semester hadapan..hal ini kerana permohonan untuk belajar semasa membuat praktikum masih dalam peringkat permohonan lagi..saya berharap agar semuanya berjalan dengan lancar hendaknya..amin..saya berharap agar saya dapat bersama-sama untuk Konvo sekali dengan kekawan semua ini.. U I LOVE…

Selamat Hari Lahir Sahabatku…


Selamat Hari Lahir saya ucapkan kepada teman-teman wa iaitu Kak Ain, Kak Kima dan Hidayah..mereka semua ini adalah teman seperjuangan saya semasa bersama-sama menjadi Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Kolej Harun Aminurrashid 08/09..


kepada Kak Ain, adeq wa ucapkan semoga kak ain terus suksess dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan..adeq wa ini saying sangat2 kat kak ain…terima kasih juga kerana banyak beri tunjuk ajar dan nasihat kepada adeq wa ini..kenangan bersama kak ain tidak mudah adeq wa lupakan..


kepada Kak Kima, wa sangat suka kat kak kima…kak kima lah kakak yang paling ‘pelik’ yang wa jumpe tau..kak kima tidak pernah marah cz kak kima selalu tersenyum je..apa-apa pun, wa paling rindu adalah lawak-lawak kak kima tu xkira lah semasa meeting ataupun dimana sahaja..wa pun saying kat kak kima..


kepada Hidayah, selamat hari lahir wa ucapkan..terima kasih kerana sudi jadi teman-teman wa..pada mulanya semasa JMK, kita tidaklah rapat sangat, akan tetapi lama kelamaan, timbul rasa kekeluargaan antara semua JMK ini kan..segala nasihat dan kata-kata semangat daripada hdayah itu, akan wa ingat..wa pasti akan merindui kek batik hidayah tu..hehehehe..


kepada sahabatku Soffian, selamat hari lahir juga wa ucapkan..semoga ‘boh’ terus maju ke hadapan dan ke hadapan lagi..wa akan sentiasa menyokong apa yang ‘boh’ lakukan..teruskan menjadi pemimpin yang hebat..kenangan bersama dengan ‘boh’, tidak mudah wa lupakan..nanti klu ade bola sepak antara Liverpool vs Chelsea tu, ingatlah wa disini..apa-apa pun, wa akan tetap menyokong Liverpool… you’ll never walk alone…

Kurang Sihat…


Hari ini adalah sangat memenatkan bagi saya…mungkin ditambah dengan cuaca yang tidak menentu, kuliah yang banyak dan juga memikirkan perkara yang berkaitan, menyebabkan saya hari ini demam sedikit…hari ini banyak dihabiskan dengan tido sahaja…apabila malam tadi telah keluar makan bersama dengan teman baik iaitu apai, saya sempat membeli panadol untuk melegakan demam aku ini sedikit sebanyak..moga demam saya ini tidak berlarutan dan cepat baik..amin..

Thursday, July 16, 2009

Proposal...


Proposal.....

Hari sabtu ini (18hb Julai) adalah pembentangan proposal daripada Khairul Azwa bin Ismail di Auditorium 1 pada pukul 8pagi...insyaAllah dan mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar...amin...

Alhamdulillah & InsyaAllah...


Alhamdulillah..syukur kehadarat Ilahi kerana permohonan saya untuk mengambil 23 jam kredit telah diluluskan oleh Dekan Fakulti...apabila permohonan saya itu telah diluluskan, ianya bererti banyak sekali tanggungjawab dan bebanan yang terpaksa saya pikul untuk semua ini. InsyaAllah, dengan bantuan dan sokongan daripada teman-teman, mungkin saya dapat menjalani semester kali ini dengan kuat..amin ya Allah..


Pengalaman saya semasa memikul amanah sebagai JMK Khar 08/09 telah sedikit sebanyak mengajar saya erti kesibukan dan membahagikan masa dengan sistematik...oleh itu, boleh kiranya saya gunakan pengalaman hari lalu untuk saya gunakan dalam semester ini..insyaAllah..akan saya buat yang terbaik...



Disini saya inigin mengucapkan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada teman-teman sekalian terutamanya apai, aini, adeq illya, stanley, suhaimi, roomate t'rsayang(hafizudin) rakan-rakan BnK dan rakan-rakan lain kerana banyak memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepada khairul azwa ini untuk semester ini..tidak lupa kepada keluarga tercinta dan insan tersayang...terima kasih wa ucapkan...



akhir kata, insyaAllah..kalau ada rezeki, kita akan habis study bersama-sama dan konvo bersama-sama...insyaAllah...amin ya Allah...

Tuesday, July 7, 2009

organisasi blok 2 07/08

"...orang kuat disebalik organisasi blok 2 07/08..?"

apabila saya melihat gambar ini, teringat kenangan lama semasa saya menjadi rakan exco blok 2 07/08 ni..aku pada masa itu menjadi setiausaha blok 2, pian pula menjadi ketua aras 9 dan apai pula adalah sebagai ketua blok 2..pengalaman pada masa dahulu dan diberikan peluang untuk kehadapan, telah membolehkan kami bertiga meningkat setapak demi setapak lagi...kenangan lalu telah menjadi kami semakin kuat..




pada masa sekarang, apai daripada ketua blok jmk khar 07/08 kepada yang dipertua jmk khar 08/09..pian pula daripada ketua aras 9 khar 07/08 kepada ketua blok jmk khar 08/09 dan kepada yang dipertua jmk khar 09/10..manakala aku pula daripada setiausaha blok 2 kepada naib setiausaha agung jmk khar 08/09...




kenangan semasa organisasi blok 2 07/08 itu tidak akan saya lupakan kerana pada masa itu adalah merupakan tapak asas bagi kami untuk meningkat lebih kehadapan lagi..selain itu, ucapan terima kasih saya ucapkan kepada apai kerana memberikan kepercayaan kepada saya menjawat sebagai setiausaha blok 2 pada masa itu kerana sekiranya saya tidak memegang jawatan itu, khairul azwa ini tidak mungkin berada tidak seperti sekarang...




kenangan lalu adalah sangat terindah untuk saya kenangkan...terima kasih..u i love...

roomate saya...

pada semester ini, aku telah memohon kepada pihak kolej supaya saya ditempatkan dirumah asal saya yang saya mula-mula duduki pada semester 1. rumah yang dimaksudkan itu adalah 2-4-11 bilik nombor 1. bagi aku, banyak kenangan yang diperolehi semasa saya mula-mula masuk UPSI ini. pada semester ini saya telah memohon untuk satu bilik dengan roomate lama saya iaitu mohd hafizuddin bin hassan..dia adalah kos pendidikan kemahiran hidup semester 5...dia adalah roomate lama saya pada semester 3 & 4 sebelum saya menjadi Jmk KHAR...
"...kenangan lalu mengamit rasa dihati ini..."

bermulanya sebuah kisah kehidupan yang baru bagiku...

"...masa itu adalah sangat berharga bagiku.."


Alhamdulillah..


Syukur kepada Allah kerana dengan izinNya, dapat saya meneruskan lagi pengajian saya di bumi UPSI ini... pada semester ini, saya telah menyambung pengajian saya di semester 7 Pendidikan Bimbingan & Kaunseling.. Pada semester ini juga, saya akan 'menempuh' liku-liku perjalanan yang sangat mencabar kerana banyak tugasan yang perlu saya selesaikan dengan sempurna. antaranya adalah seperti menyiapkan laporan tugasan ROS 2, proposal dan 23 jam kredit. bagi saya, kesemua itu adalah cabaran yang perlu saya hadapi supaya saya dapat menamatkan pengajian saya dengan teman-teman saya semua ini.. saya memohon supaya diberikan kekuatan agar saya kuat menempuhi semester ini. oleh disebabkan itu, saya memerlukan seseorang teman yang dapat memberikan saya semangat buat diri ini. terima kasih saya ucapkan kepada seseorang kerana sentiasa menyokong dan memberikan semangat pada saya..terima kasih..




akhir kata, akan saya tempuhi semester ini dengan hati yang kuat..insyaAllah..amin Ya Allah..

Yogjakarta, Indonesia...


Alhamdulillah..

akhirnya saya dapat jugak menjejakkan kakiku di Indonesia ini. Terdapat banyak kenangan yang dapat aku perolehi di sini. Apa yang ingin dikongsikan adalah pengalaman saya pergi ke sana. kepada masatirah, terima kasih kerana sudi duduk disebelah wa semasa bertolak dari Kuala Lumpur ke Solo itu. banyak perkara dan pengalaman yang wa dapat kongsi bersama-sama dengan mas. selain itu, wa ingin memohon maaf sekiranya wa banyak mengusik mas didalam kapal terbang itu. wa tidak berniat apa-apa cuma hendak menghilangkan perasaan risau dan gelisah mas itu sahaja. tak nak mas sentiasa memikirkan perkara itu.


buat pertama kali, saya selamat sampai di salah satu tempat keajaiban di dunia ini iaitu Candi Borobudur. Sekiranya diizinkan Allah dan dimurahkan rezeki, saya cuba untuk pergi melawati 6 tempat lagi keajaiban dunia ini pada satu hari nanti. InsyaAllah...


dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada teman-teman jmk sekalian sekiranya saya ada melakukan kesalahan atau membuatkan terasa hati. disini juga wa ingin mengucapkan terima kasih kepada teman-teman jmk yang sudi menemani wa semasa membeli barang disana. apa yang wa tahu, yang diri ini memang tidak pandai langsung untuk memilih jenis kain untuk dibeli dan lain-lain. sekali lagi saya ucapkan terima kasih.


kenangan bersama kalian semua, tidak mudah saya lupakan. akan saya merindui kalian semua kerana program ini adalah program yang terakhir yang dijalankan.


akan saya merindui kalian semua...

Timbang Tara 09/10 di Pangkor...


Assalamualaikum..


saya mulakan dengan kalimah yang suci untuk memulakan coretan ini. sudah agak lama saya tidak menulis didalam blog saya ini... terlebih dahulu saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman jmk sekalian (JMK KHAR 08/09) diatas pertolongan dan kerjasama yang telah diberikan semasa program Timbang Tara yang berlangsung di Teluk Dalam Resort (Pulau Pangkor) dan Kolej Harun Aminurrashid. Saya ingin mengucapakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara Ahmad Syahir (mantan NYDP) kerana banyak menolong saya dalam melicinkan perjalanan program ini. Selain itu, ucapan terima kasih kepada ateh (mantan S/U) kerana mempercayai saya untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Program untuk program kali ini. Juga kepada apai (mantan YDP) dan kak dhila (mantan TYDP) kerana banyak memberikan sokongan kepada saya semasa perjalanan program ini berlangsung.


Kepada barisan JMK KHAR yang baru yang diketuai oleh saudara Mohamad Sofiian (YDP JMK 09/10) dan dibantu oleh saudari Nurul Ain Syahida (TYDP JMK 09/10) dan saudara Luqmanulhakim (NYDP JMK 09/10), teruskan perjuangan anda kalian. Saya disini akan sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua..

Monday, June 1, 2009

family holiday without me...



Sudah lama tidak aku menulis serba sedikit didalam blog aku ini. Hal ini mungkin disebabkan aku menjalani ROS di sekolah lama aku. Pada 17hb hingga 28hb Mei yang lepas, aku telah menjalani Rancangan Oreintasi Sekolah di SMK Kubang Kerian 1. Mungkin dikesempatan lain yang aku akan ceritakan pengalaman aku semasa ROS tersebut. Pada hari ini, 1hb Jun hingga 3hb Jun, abangku, kakakku, khairah dan mamaku pergi jalan-jalan ke Cameron Hingland. Seronok pulak aku fikirkan sekiranya aku pergi ke sana. Bukan apa, aku belum pernah sampai lagi ke sana. Akan tetapi, aku tidak boleh pergi kerana aku akan balik ke kolej pada 4hb ini. Selain itu, banyak lagi perkara yang membataskan untuk aku pergi. Mungkin tidak rezeki aku untuk pergi. Mungkin apabila semua tugas dan tanggungjawab aku sekarang ini apabila sudah habis, aku akan pergi jugak ke sana pada satu hari nanti. Yang tau, akan aku nak jugak satu hari nanti yang aku akan pergi bercuti jugak dengan semua family aku. Selamat bercuti...

mmmuuuaahhh....

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


SELAMAT HARI GURU
Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada guru-guru yang pernah mengajar anak didikmu ini. Saya dedikasikan ucapan kasih dan sayang kepada guru-guru yang pernah mengajar saya di SK Kota Jembal, (SMK Raja Sakti, SMK Kubang Kerian 2 & SMK Ismail Petra) walaupun sekejap mendidikku dan terutama sekali saya dedikasikan kepada guru-guru di SMK Kubang Kerian 1 ini. Tanpa didikan cikgu-cikgu semua, tidak mungkin saya sekarang tidak berjaya seperti sekarang. Terima Kasih cikgu. Halalkan semua ilmu yang ckgu telah berikan kepada saya. Keringat cikgu itu akan saya curahkan kembali kepada anak-anak didik semua apabila saya menjadi seorang guru@kaunselor pada satu hari nanti. Akhir kata, ucapan kasih sayang saya tujukan kepada cikgu-cikgu.
Terima Kasih Cikgu
-khairul azwa ismail-

Wednesday, May 13, 2009

Jumpe Lagi...


Hari ini aku akan balik kampung.. setelah sudah agak lama sudah aku tidak balik ke kampung. Kepada semua teman-teman jmk, kita akan berjumpa lagi pada 2 program terakhir kita nanti. InsyaAllah, kasih sayang antara kita tidak akan pernah luntur kerana kasih sayang antara kita adalah kasih sayang keranaNya...


U I LOVE JMK KHAR 08/09