Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, October 28, 2009

"...takziah kepada adeq illya..."


Assalamualaikum...

Takziah saya ucapkan kepada adeq illya di atas pemergian nenek tercinta ke Rahmatullah…semoga adeq tabah dan kuat untuk hadapi semua ini…abg wa tau yang adeq abg ni kuat hadapi semua ini…abg doakan agar roh nenek adeq akan ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman..amin..

al-fatihah…
"...adeq illya mmg seorang yang kuat semangat..."

Thursday, October 15, 2009

Penat…

Penat…itulah perkataan yang boleh saya bagitau untuk pada masa ini…terlebih dahulu, saya ingin memberitahu yang saya baru saja pulang ke kampung dan selamat kembali ke kampus pada awal pagi semalam (14hb). Saya balik ke kampung untuk menguruskan tesis saya iaitu mengedarkan soal selidik di sekolah kajian saya iaitu sekolah lama saya (smk kubang kerian 1). Di sini, saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik-adik semua kerana sudi menjadi responden dalam tesis saya ini. Terima kasih juga kepada adik Fatien kerana dah banyak menolong abang Wa ini semasa mengedarkan soal selidik ini…juga terima kasih kepada Kak Za kerana banyak membantu secara tidak langsung…insyaAllah, sekiranya berkesempatan lagi, akan Abang Long ini akan pergi lagi ke Perpustakaan itu…juga minta maaf kerana tidak dapat menghadiri jamuan akhir tahun PSS pada hari sabtu ini…semoga majlis itu berjalan dengan lancar…abang long terharu kerana kalian masih ingat lagi kepada Presiden PSS 04/05 ini ekk..terima kasih atas jemputan itu…

Selain daripada itu, semasa balik kampung ini juga, dapatlah saya merehatkan seketika daripada kesibukkan di kampus semasa berada dirumah. Dapat menatap wajah ayahanda dan bonda sudah cukup membahagiakan saya ini…walaupun tidak sempat untuk berjumpa dengan abang dan akak juga dengan anak saudara tersayang, khairah…akan tetapi ianya sudah cukup menenangkan perasaan ini…juga dapat berjumpa dengan insan tersayang sudah memadai buat saya menjadikan bekal untuk hari esok...Selain daripada itu, terima kasih juga diucapkan kepada abah dan ma tercinta kerana memberikan galakan untuk menyiapkan tesis ini..

Teruskan belajar dan melakukan perkara yang terbaik dalam hidup kita…buat sesuatu itu mestilah wolrd…salam sayang daripada saya…jumpa lagi…

Takziah kepada Nur & Afiti…

Takziah saya ucapkan kepada teman saya iaitu Nurrohmah (Nur) dan juga Afiti di atas permegian ayahanda tercinta ke Rahmatullah…semoga berdua kalian tetap kuat dan redha dengan apa yang berlaku…semoga roh mereka akan ditempatkan di tempat golongan orang yang bertaqwa..amin..


"...ngan nur..."
Semoga Nur ngan Afiti kuatkan semangat ekk...

...Al-Fatihah…

Monday, October 5, 2009

"...salam kembali..."

Salam…sudah lama tidak saya m’update blog ini…akan tetapi ada satu perkara yang saya mesti ubah akan sikap saya ini…entah kenapa saya mementingkan perkara yang langsung tidak berkaitan dengan diriku ini…padahal ianya adalah sekadar permainan yang mana ianya hanya sedikit sahaja menganggu emosi saya…akan tetapi saya mengutamakan kepada perkara tersebut berbanding perkara yang lebih penting lagi iaitu tesis saya…

Pada perancangan asal, saya hendak balik pada minggu ini ke Kelantan bagi menguruskan tesis saya yang saya jalankan disekolah lamaku itu iaitu smk kubang kerian 1…akan tetapi kerana inginkan melihat perlawanan bola sepak, saya mengenepikan semua ini…oleh itu, saya sudah mendapat pengajaran bahawa saya patut mengutamakan sesuatu yang lebih penting lagi berbanding semua itu…


SITI NURHALIZA

Memetik kata-kata dari Siti Nurhaliza, sesungguhnya perkara yang tidak penting yang dapat menganggu kehidupan seharian kita, bagi saya semua itu adalah SAMPAH bagi saya…oleh itu, saya mesti berpegang kepada kata-kata Siti bahawa semua perkara yang tidak penting itu adalah SAMPAH…kenapa saya mesti membiarkan perkara itu mempengaruhi kehidupan saya dengan menyebabkan kehidupan seharian terganggu…

Adalah sangat penting sekarang adalah melihat kehadapan dengan perkara yang lebih berguna dan penting dalam kehidupan seharian…apa-apa pun, adalah tidak salah untuk saya ‘layan’ akan tetapi tidak sampai ianya menganggu kehidupan saya…

"...MENYIAPKAN TESIS..."

Apa-apa pun, saya akan merancang dengan sebaik mungkin supaya kerja-kerja saya ini akan dapat diuruskan dengan berjaya.

“…If You Think You Can, You Can Do It…”