Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 25, 2010

" aku merinduimu..."

"... keluarga tercinta...sangat2 mnyayangi kalian...mmuuaahhh..."


Sudah sekian lama saya tidak berkesempatan untuk menulis sedikit coretan di dalam blog saya ini..akan tetapi, saya terdetiSudah sekian lama saya tidak berkesempatan untuk menulis sedikit coretan di dalam blog saya ini..akan tetapi, saya terdetik untuk menulis ia kembali..sekarang saya sedang menjalani latihan praktikum di salah sebuah sekolah menengah di daerah Sungkai…jarak sekolah saya itu dengan pusat pengajian saya (UPSI) lebih kurang dalam 50 km sahaja…jadi tidak hairanlah kenapa saya selalu berada dikolej tercinta itu…kolej harun aminurrashid…

Memandangkan saya sudah berada di Perak (Tanjung Malim & Sungkai) sejak 1hb Januari lagi, saya sudah mula terasa kerinduan kepada keluarga tercinta di kampung Binjai, Kelantan..merindui ma, abah, abang, kak wanie dan juga khairah tersayang (yg comel)…bile terkenangkan mereka, saya tidak sangka yang air mata ini mengalir keluar…sungguh memalukan apabila seorang lelaki menangis..akan tetapi, saya tidak kisah kerana keluargalah sumber kekuatan saya…


nur khairah aqilah

Berada di kolej adalah sungguh berbeza dengan tinggal di umah sewa…disini, sume kite kena fikirkan..sekarang saya kena bangun awal pagi setiap hari..pada mula-mula, memang penat..akan tetapi lama-kelamaan saya sudah biasa..akan tetapi, itu sume tidak penting apabila mengenangkan kembali mcm mana ma dan abah…diaorang lah menguruskan rumah dan juga mencari rezeki..baru saya tahu bahawa betapa penatnya untuk mencari rezeki itu apabila sekarang sudah merasainya sendiri….


InsyaAllah…cuti tahun baru cina nanti…wa akan pulang..terasa sungguh rindu..walaupun cuti hanya dari sabtu sampai selasa sahaja, wa tetap akan balik jugak…akhir kata…terima kasih..wa sayang semua…kepada semua rakan-rakan kaunseling dan juga rakan-rakan lain yang sedang menjalani praktikum..selamat berjaya untuk semua…


#bile leh dapat tengok DBF ngan DBN tu ekk…hehehehe…#