Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 10, 2010

Demam Bola Piala Dunia 2010...



Piala Dunia 2010 kembali lagi..saya tidak ketinggalan untuk memberikan sokongan kepada pasukan yang saya minati dan sukai…pasukan yang saya minati/sokongan padu/ sukai adalah pasukan Spain dan England…harapannya diharapkan antara kedua pasukan inilah yang akan memenangi Piala Dunia edisi 2010 kali ini…kita tunggu dan lihat…antara gandingan yang hendak saya saksikan adalah dalam pasukan Spain ini adalah antara Villa dengan Torres manakala pasukan England adalah gandingan perancang antara Gerrard dan Lampard…saksikan kehebatan pasukan Spain dan England ini di Piala Dunia 2010...juara dunia milik Spain / England...


Spain

England

Tuesday, June 8, 2010

Perlis…akan sampai…



Perlis…antara negeri yang akan saya sampai pada 13hb Jun nanti sempena rombongan pengantin sepupu saya, Kak Na dengan Abg Nazrin nanti…doakan agar saya dan semua rombongan ini selamat pergi dan balik..amin ya Allah…saya akan memandu kereta tersayang ini daripada Kelantan ke Perlis..insyaAllah..semua berjalan lancar kerana diri ini pernah drive daripada Tanjung Malim ke Kota Bharu pada bulan yang lepas….mohon kekuatan ya Allah..amin…insyaAllah…

...sayang...

Apakah maksud SAYANG ini…???sesuatu yang saya akan menerangkan pada satu ketika nanti..kerana diri ini hendak mencari jawapan itu diluar linkungannya…kerana kebanyakkan SAYANG ini akan digambarkan antara kekasih dengan kekasih…saya cuba untuk melihatnya dari dimensi yang lain..adakah saya dapat menjumpai jawapan itu…???entahla…

Terasa Kehilangan….



Setelah sekian lama, terasa tiba-tiba diri ini terasa kehilangan kerana ianya mula menjauhi diri ini…memang tidak ada apa-apa yang wujud antaranya, akan tetapi pada satu ketikanya, sesekali ia datang, ianya membuatkan diri ini akan terasa kehilangannya…diharapkan ianya pada satu nanti akan dapat dikembalikan semula kepada diri ini…ianya sesuatu perkara bukan melibatkan perasaan, fikiran,…akan tetapi ianya tidak dapat dijelaskan..diharapkan ianya akan memberikan kekuatan kepadanya…ya Allah..aku memohon kekuatan daripada Mu…amin…

Selamat Cuti Sekolah



Salam Cikgu Di Hati…dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan murid-murid sempena cuti penggal persekolahan ini selama 2 minggu ini…diharapkan sempena cuti persekolahan ini, murid-murid dapat mengisi masa ini dengan perkara yang berfaedah…antaranya seperti mengulangkaji pelajaran, mengikuti kelas tambahan, melawat saudara mara dan lain-lain yang difikirkan perlu dan berfaedah…Akhir kata, salam kasih sayang diucapkan kepada semua murid-murid smk sg kruit dan yang mengenali diri ini…selamat bercuti diucapkan…

Selamat Pengantin Baru Kak Na & Abg Nazrin…6hb Jun 2010



Sebelum meneruskan lagi pena ni bergerak, saya ingin mengucapkan jutaan taniah kepada sepupu saya, Kak Na kerana telah selamat mendirikan rumah tangga dengan insan tersayang pada 6hb Jun yang lepas…wa dengan satu keluarga akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Kak Na dengan Abg Nazrin supaya kalian berdua akan sentiasa berbahagia hingga ke anak cucu…hadapilah kehidupan alam rumah tangga ini dengan tenang dan sabar…semoga kalian berdua akan sentiasa berbahadgia disamping insan tersayang disisi…amin…taniah kepada Kak Na dan Abg Nazrin…Selamat Pengantin Baru, Kak Na dan Abg Nazrin…

Selamat Pengantin Baru Ateh & Ijan…5hb Jun 2010



Terlebih dahulu, taniah saya ucapkan kepada sahabat saya (teman seperjuangan Upsi & JMK) Ateh kerana telah selamat menjalani fasa kehidupan yang baru selepas mendirikan rumah tangga dengan insan tersayang, Ijan…taniah sekali lagi saya ucapkan kepada ateh dan ijan…semoga kalian akan berkekalan sehingga anak cucu…kami semua sahabat amnya dan wa khususnya akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian berdua…Selamat Pengantin Baru diucapkan…

Selamat Pengantin Baru Abg Naz dan Isteri…28hb Mei 2010



Telebih dahulu, terima kasih saya ucapkan kepada Abg Naz kerana memilih tarikh 28hb Mei ini untuk sama-sama berkongsi kegembiraan bersama dengan wa…tarikh itu adalah tarikh ulang tahun kelahiran wa manakala tarikh itu membawa erti yang mendalam kepada Abg Naz kerana Abg Naz selamat mendirikan rumah tangga dengan insan tersayang….wa memohon maaf kerana ketidakhadiran kerana terdapat kekangan masa yang dihadapi…akan tetapi, wa akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kepada Abg Naz dan isteri semoga sentiasa berbahagia sehingga ke akhir hayat…amin…Selamat Pengantin Baru, Abg Naz dan isteri...