Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 17, 2011

melangkah ke fasa yang baru...



Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi,dengan izinNya esok, 18hb Mac 2011, saya; khairul azwa ismail akan mengikat tali pertunangan dengan insan istimewa dalam hidup ini. iaitu radiah fatihah ismail...alhamdulillah, hubungan kami sejak sekolah lagi telah direstui oleh kedua-dua keluarga apabila akan mengikat tali pertunangan ini. Diharapkan dengan pertunangan ini akan menyemai lagi perasaan kasih sayang antara kami dan lebih saling mengenali lagi antara satu sama lain. Juga akan mengeratkan lagi hubungan antara dua buah keluarga...InsyaAllah, kalau sudah jodoh, kami akan disatukan juga pada tahun ini…amin..doakan untuk kami…

*gambar pertunangan akan dimasukkan apabila majlis selesai nanti…*

Sunday, March 13, 2011

bermula kembali...

alhamdulillah..sudah lama diri ini tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini..mungkin kekangan masa dan masalah internet ditempat kije...apabila musim cuti sekolah,saya dah balik kampung..jd,kemudahannya adalah lengkap kat rumah ni...

alhamdulillah..xsangka jgk diri ini mampu memandu kereta dalam masa lebih kurang 15jam...sangat2 penat..tp yang penting adalah selamat sampai...tu yg lgi penting...insyaAllah..dalam cuti sekolah ini,banyak perkara akan berlaku..jd,blog ini akan memaparkan perkembangan terkini perkara yang akan dan bakal berlaku..insyaAllah,dengan mendapatkan laptop yang baru, saya dapat melakukan perkara yang berkaitan dengan laptop ini akan berjalan lancar...oklah..jumpa lagi di masa akan datang..