Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, January 13, 2009

aku dengan...


Kucingku ini merupakan kucing yang sangat istimewa buatku. Ia telah berjaya membuatkan abahku dan mamaku gembira. Juga telah mengubah pendirian abahku dari tidak suka membela kucing kepada suka membela kucing. Kucing aku ini diberi nama ‘mawi’ kerana pada masa itu, mamaku begitu meminati mawi. Akan tetapi, aku tidak meminati mawi. hehehe...


Kehadiran ‘mawi’ itu telah membuatkan abahku selalu tersenyum. Sekiranya abahku selalu tersenyum dan gembira, hal ini telah juga membuatkan mamaku juga turut senyum gembira. Aku gembira dengan ‘kehadiran’ mawi itu. ‘mawi’ kucing yang sangat cerdik, juga sangat memahami. Juga jenis kucing yang pandai merajuk. Rasa hendak tergelak bila memikirkan perkara itu. ‘mawi’ ini jenis yang hanya makan ikan je. Tak nak makan yang bergoreng, tetapi yang rebus sahaja. Hal ini menjadikan bugjet makan untuk ‘mawi’ sahaja mencecah ratusan setiap bulan. Aku tidak kisah asalkan abahku dan mamaku gembira. Mawi ini tidak pandai makan ikan sekiranya abahku, mamaku mahupun aku sendiri yang mencubit ikan itu untuk diberi makan padanya. Terfikir yang ‘mawi’ ini sangat manja dengan tuannya. Pernah satu hari, ia tidak balik. Satu rumah risau. Aku tersenyum bila terfikir saat itu. Mamaku juga pernah ceritakan yang ‘mawi’ kelihatan sedih dan senyap sahaja berbanding ia agak aktif semasa aku jatuh sakit. Aku pernah masuk wad selama 1bulan. Jadi, dalam masa itu, ‘mawi’ seperti murung sahaja.


Akan tetapi, itu semua sudah menjadi kenangan bagi aku. ‘mawi’ sudah tiada lagi. Aku mengetahui semasa aku balik kampung pada bulan 12 dahulu. Pada masa itu,aku dapat merasakan kesedihan kehilangannya. Aku juga mendapati yang abahku terasa sunyi kerana ‘mawi’ sudah tiada. Akan tetapi, dengan kehadiran ‘anak mawi’ yang baru ini membolehkan sedikit sebanyak dapat mengubati kehilangan ‘mawi’ itu. ‘anak mawi’ itu diberi nama ‘hitam’. ‘hitam ‘ ini telah mempunyai 3 ekor anaknya yang telah menjadikan rumah kami kembali ceria setelah kehilangan ‘mawi’. Aku tumpang gembira kerana abahku, mamaku dan juga semua ahli keluargaku kembali ceria. Akan tetapi, aku masih teringatkan ‘mawi’. Bagi aku,ia adalah kucing yang sangat istimewa dalam diri aku. Semoga kehadiran ‘cucu mawi’ ini dapat mengantikan ‘mawi’.

No comments:

Post a Comment