Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Monday, March 16, 2009

aku sedih...

mamaku tersayang...


Pada tarikh 12 Mac yang lalu, aku dikejutkan dengan satu penggilan telefon daripada kakak yang mengatakan Ma masuk wad. Entah kenapa pada masa itu aku sudah dapat rasa mesti sesuatu yang berlaku kerana hati aku sudah tidak sedap. Aku menerima berita itu dengan tenang. Aku terus menelefon kepada abahku dan mamaku. Baru aku dapat tahu yang mamaku petang hari itu terjatuh kerana darah tinggi. Aku tidak tahu puncanya. Aku akhirnya ‘tewas’ dengan perasaanku kerana aku selepas menelefon itu, aku menangis sangat-sangat pada malam itu. Ada jugak kawan aku tidak perasan tahu kerana tengok mataku bengkak sebab aku baru bangun tidur.Akan tetapi perkara yang sebenarnya adalah aku telah menanggis sangat2. Aku sangat sedih. Hal ini kerana aku terlalu sibuk sehingga aku tidak sempat menelefon rumah dalam masa seminggu itu. Ada pernah ketika abahku dan mamaku yang menelfon kepada aku kerana aku sudah terlalu lama tidak menelefon mereka. Aku fikir, kenapalah aku ni jahat sehingga tidak sempat hendak menelefon kedua ibubapaku.


Aku selepas itu hendak sangat2 balik tengok keluargaku, akan tetapi pada masa itu aku tidak boleh balik kerana pada hari sabtu ada Mid Term Exam subjek major aku. Selepas itu, pada petangnya ada temujanji untuk menemuramah bagi subjek major jugak. Aku selepas itu terus memberitahu yang mana aku tidak boleh balik sebab ada perkara itu. Akan tetapi, pada minggu depan aku akan balik jugak. Aku hendak balik jugak. Aku sudah bagitau kepada mamaku yang minggu hadapan yang anaknya ini akan balik jugak.

No comments:

Post a Comment