Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, August 17, 2010

SMK SUNGAI KRUIT...

Pintu masuk sekolah...

Smk Sg Kruit…antara sekolah yang banyak memberikan ku erti apakah itu seorang kaunselor..malah juga sebagai seorang guru…banyak perkara yang telah ku pelajari disana…peristiwa gembira,pahit dan lain-lain telah saya lalui…walaupun hanya singkat sahaja ku berada di sekolah itu (18hb Januari hingga 14hb Mei) sahaja,akan tetapi ianya terus melekat di hati ini…antara cikgu yang banyak memberi tunjuk ajar adalah kaunselor pembimbing iaitu cikgu Noraini dan cikgu Suzie…di samping itu, cikgu-cikgu di sekolah itu juga tidak kedekut ilmu untuk berkongsi dengan ku…pelajar-pelajar di sana juga sangat baik...biasalah pelajar sekolah, ada juga seorang dua yang dilihat agak ‘nakal’, akan tetapi secara keseluruhannya semua pelajar adalah sangat ‘friendly’ dan baik…Cuma diharapkan semua pelajar di sekolah itu lebih mementingkan aspek akademik dalam diri masing-masing…sekiranya merasakan tidak yakin dalam akademik, tunjukkanlah nilai yang baik dan belajar perkara lain pula seperti aspek kemahiran dan lain-lain. Tanyalah kaunselor bagaimana cara-caranya…
pekan sungkai yang dirindui...

Sepanjang cuti yang saya lalui ini, banyak nama-nama pelajar yang saya merindui gelagatnya…tidak kiralah dari tingkatan 1 sampailah tingkatan 5…semuanya ada dalam ingatan ku ini…juga guru tidak dilupakan untuk selamanya…akan tetapi,antara guru yang paling saya suka sakat/bergurau adalah cikgu Petimah…entahla,kalau sehari tidak menyakat dia,mungkin tidak sah..akan tetapi, ianya adalah sekadar gurauan antara adik ngan kakak..cikgu Petimah juga banyak memberikan tunjuk ajar dan pengalamannya kepada ku…sangat berguna maklumat itu untukku…

pintu tol di sungkai...

Terima kasih juga diucapkan kepada abang Naz yang baik punyer, kenangan ngan abang Naz akan kenang selamanya..juga terima kasih kepada abang Z dan Zul…baik punyer kalian…terima kasih kepada pihak pentadbir dan juga semua…insyaAllah..salam rindu juga kepada teman baikku, cikgu Robin…terima kasih untuk semua..juga teman-teman guru praktikum iaitu cikgu Rafidah, cikgu Naim, cikgu Bed, cikgu Saha dan cikgu Suha…kalau berkesempatan, saya mesti melawat sekolahku ini…tapi yang pastinya, hari konvokesyen saya nanti (14hb 10), akan saya pergi ke sekolah…mungkin pada minggu itu atau minggu sebelumnya..insyaAllah..akhir kata…salam rindu buat smk Sg Kruit…
tempat yang x sempat ku lawati..akan pergi jugak...

No comments:

Post a Comment