Assalamualaikum…sudah lama tidak saya update blog saya ini..mungkin kekangan masa dan perkara yang membataskan saya untuk meluangkan sedikit masa untuk mengupdate blog saya ini…
Kesibukan menghadapi peperiksaan, persediaan pembentangan dapatan kajian tesis, taklimat praktikum dan perkara-perkara lain sangat ‘memenatkan’ saya…7 paper yang saya ambil pada semester ini adalah cukup ‘menyeksakan’ ditambah dengan tesis yang perlu disiapkan…akan tetapi, dengan semangat daripada keluarga, insan tersayang, teman karib dan semua sahabat telah membuatkan saya kuat untuk menghadapi semuanya….terima kasih saya ucapkan…
Sekarang, sudah bermulanya cuti semester bagi semua pelajar UPSI, akan tetapi, saya masa berada di sini untuk menyiapkan tesis yang perlu disiapkan…esok adalah ‘penentu’ kepada saya kerana setelah menghantarkan draf untuk kali ke-3 tesis kepada pensyarah penyelia saya, esok adalah jawapan adakah sudah layak untuk saya jilid tesis itu atau akan diperbaiki lagi…kekangan masa dan perkara telah membuatkan saya ‘penat’ untuk memikirkan semua ini…akan tetapi, saya perlu untuk kuat dan berusaha…insyaAllah…semua itu akan dapat saya hadapinya dengan tenang dan berjaya…
Semoga Allah akan mempermudahkan segala urusan saya ini…juga semoga Allah merahmati dan menjaga keselamatan kepada abahku dan abangku semasa perjalanan menuju ke UPSI dan balik ke Kelantan nanti…insyaAllah…amin…
Semoga perancangan saya ini diberkati dan dipermudahkan segala urusan yang saya lakukan..amin…
No comments:
Post a Comment