Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Monday, February 23, 2009

Sebagai pengajaran didalam hidup aku...

Pada 15hb Februari yang lalu, aku telah bersama-sama dengan teman-teman JMK dan biro kebajikan telah melakukan lawatan muhibbah ke Rumah Orang-orang Tua di Kampung Ketoyong. Akan tetapi, pada pukul 1 tengah hari, baru aku menyedari kehilangan dompet aku. Didalam dompet itu, bermacam-macam perkara yang ada seperti IC, Lesen, Kad Bank, Road Tax dan lain-lain yang berharga. Aku pada masa itu hanya berfikir mengenai Kad Bank je. Aku terus menelefon abahku dan bertanyakan mengenai macam mana hendak menyekat semua bank itu. Dan selepas itu, bermulalah aku pergi mengaktifkan kembali kad bank yang telah di blok itu. Sebelum itu,aku juga telah ditegur oleh abahku kerana aku cuai dan juga daripada insan tersayang juga menegur aku. Pepun, terima kasih semua kerana memperingatkan Khairul Azwa ini.

Sebagai pengajarannya, aku kenalah sentiasa berhati-hati dan tidak cuai.

No comments:

Post a Comment