Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Monday, October 5, 2009

"...salam kembali..."

Salam…sudah lama tidak saya m’update blog ini…akan tetapi ada satu perkara yang saya mesti ubah akan sikap saya ini…entah kenapa saya mementingkan perkara yang langsung tidak berkaitan dengan diriku ini…padahal ianya adalah sekadar permainan yang mana ianya hanya sedikit sahaja menganggu emosi saya…akan tetapi saya mengutamakan kepada perkara tersebut berbanding perkara yang lebih penting lagi iaitu tesis saya…

Pada perancangan asal, saya hendak balik pada minggu ini ke Kelantan bagi menguruskan tesis saya yang saya jalankan disekolah lamaku itu iaitu smk kubang kerian 1…akan tetapi kerana inginkan melihat perlawanan bola sepak, saya mengenepikan semua ini…oleh itu, saya sudah mendapat pengajaran bahawa saya patut mengutamakan sesuatu yang lebih penting lagi berbanding semua itu…


SITI NURHALIZA

Memetik kata-kata dari Siti Nurhaliza, sesungguhnya perkara yang tidak penting yang dapat menganggu kehidupan seharian kita, bagi saya semua itu adalah SAMPAH bagi saya…oleh itu, saya mesti berpegang kepada kata-kata Siti bahawa semua perkara yang tidak penting itu adalah SAMPAH…kenapa saya mesti membiarkan perkara itu mempengaruhi kehidupan saya dengan menyebabkan kehidupan seharian terganggu…

Adalah sangat penting sekarang adalah melihat kehadapan dengan perkara yang lebih berguna dan penting dalam kehidupan seharian…apa-apa pun, adalah tidak salah untuk saya ‘layan’ akan tetapi tidak sampai ianya menganggu kehidupan saya…

"...MENYIAPKAN TESIS..."

Apa-apa pun, saya akan merancang dengan sebaik mungkin supaya kerja-kerja saya ini akan dapat diuruskan dengan berjaya.

“…If You Think You Can, You Can Do It…”

No comments:

Post a Comment