Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Thursday, October 15, 2009

Penat…

Penat…itulah perkataan yang boleh saya bagitau untuk pada masa ini…terlebih dahulu, saya ingin memberitahu yang saya baru saja pulang ke kampung dan selamat kembali ke kampus pada awal pagi semalam (14hb). Saya balik ke kampung untuk menguruskan tesis saya iaitu mengedarkan soal selidik di sekolah kajian saya iaitu sekolah lama saya (smk kubang kerian 1). Di sini, saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik-adik semua kerana sudi menjadi responden dalam tesis saya ini. Terima kasih juga kepada adik Fatien kerana dah banyak menolong abang Wa ini semasa mengedarkan soal selidik ini…juga terima kasih kepada Kak Za kerana banyak membantu secara tidak langsung…insyaAllah, sekiranya berkesempatan lagi, akan Abang Long ini akan pergi lagi ke Perpustakaan itu…juga minta maaf kerana tidak dapat menghadiri jamuan akhir tahun PSS pada hari sabtu ini…semoga majlis itu berjalan dengan lancar…abang long terharu kerana kalian masih ingat lagi kepada Presiden PSS 04/05 ini ekk..terima kasih atas jemputan itu…

Selain daripada itu, semasa balik kampung ini juga, dapatlah saya merehatkan seketika daripada kesibukkan di kampus semasa berada dirumah. Dapat menatap wajah ayahanda dan bonda sudah cukup membahagiakan saya ini…walaupun tidak sempat untuk berjumpa dengan abang dan akak juga dengan anak saudara tersayang, khairah…akan tetapi ianya sudah cukup menenangkan perasaan ini…juga dapat berjumpa dengan insan tersayang sudah memadai buat saya menjadikan bekal untuk hari esok...Selain daripada itu, terima kasih juga diucapkan kepada abah dan ma tercinta kerana memberikan galakan untuk menyiapkan tesis ini..

Teruskan belajar dan melakukan perkara yang terbaik dalam hidup kita…buat sesuatu itu mestilah wolrd…salam sayang daripada saya…jumpa lagi…

No comments:

Post a Comment