Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 23, 2009

Kesayangku...


Inilah motosikal kesayangan aku.. Ini adalah hadiah pemberian daripada keluarga tercinta. Abahku tersayang yang membelikannya kepada aku untuk kegunaan aku di UPSI ini. Bagi aku, ianya seperti 'isteriku' disebabkan aku masih belum kahwin, jadi segalanya aku akan pastikan ianya adalah sangat cantik pada pandangan mata ini. Kalau sudah kahwin nanti, kasih sayang ini akan berubah kepada isteri tersayang, akan tetapi, motosikal ini akan tetap dijaga dengan sebaik mungkin..


DAG 4560, DAM 9361 & DBF 6062

Episode 1: Pokok Sena & Kubang Kerian..???

Perjalanan baru bermula. Akan tetapi, aku sangat bangga kerana langkah pertama itu adalah langkah yang paling sukar untuk dilakukan. Akan tetapi, dengan sedikit keberanian, ianya pasti akan menjadi kenyataan. Aku menumpang gembira dan berdoa agar ianya berkekalan. Aku juga tidak sabar untuk menantikan 'Episode Ke-2' nanti...hehehehe...

Kepada sahabat aku ini, semoga berbahagia selalu..

bersambung...
episode 2 akan datang...

Sebagai pengajaran didalam hidup aku...

Pada 15hb Februari yang lalu, aku telah bersama-sama dengan teman-teman JMK dan biro kebajikan telah melakukan lawatan muhibbah ke Rumah Orang-orang Tua di Kampung Ketoyong. Akan tetapi, pada pukul 1 tengah hari, baru aku menyedari kehilangan dompet aku. Didalam dompet itu, bermacam-macam perkara yang ada seperti IC, Lesen, Kad Bank, Road Tax dan lain-lain yang berharga. Aku pada masa itu hanya berfikir mengenai Kad Bank je. Aku terus menelefon abahku dan bertanyakan mengenai macam mana hendak menyekat semua bank itu. Dan selepas itu, bermulalah aku pergi mengaktifkan kembali kad bank yang telah di blok itu. Sebelum itu,aku juga telah ditegur oleh abahku kerana aku cuai dan juga daripada insan tersayang juga menegur aku. Pepun, terima kasih semua kerana memperingatkan Khairul Azwa ini.

Sebagai pengajarannya, aku kenalah sentiasa berhati-hati dan tidak cuai.

Satu program lagi akan muncul di KHAR…

Minggu Eksplorasi Islam. Begitu cantik apabila merasakan tema itu dijadikan sebuah program besar di Kolej Harun Aminurrashid pada 5hb hingga 8hb Mac 2009 nanti. Aku kali ini diamanahkan sebagai Penyelaras Sekretariat Keselamatan & Kebersihan yang mana ianya adalah sekretariat aku yang pertama semasa aku mula-mula bergiat aktif sebagai Rakan Exco Blok 2 pada masa dahulu. Bagi aku, banyak kenangan lama semasa aku bertugas didalam sekretariat ini. Hal ini mungkin sebagai mengimbau kembali kenangan lama aku. Bagi aku, aku akan berusaha sehabis baik kerana aku sudah mengenali kekuatan dan kelemahan yang biasanya dihadapi oleh sekretariat ini. Akan aku jadikan kekuatan sebagai panduan dan kelemahan itu sebagai pengajaran pada masa hadapan. Kepada yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Program, selamat berjaya.
Minggu Eksplorasi Islam.
5hb Mac hingga 8hb Mac 2009.

Saturday, February 14, 2009

karnival hari terbuka 09

Sudah lama saya tidak menulis ruangan dalam blog ini. Pada hujung minggu lalu, aku terlalu sibuk sempena Karnival Hari Terbuka kolej saya iaitu Kolej Harun Aminurrashid (KHAT ’09). Bagi memegang amanah sebagai Setiausaha Program KHAT ’09 adalah tersangat penat. Bagi aku, aku gembira kerana aku dapat memperolehi pengalaman yang cukup berharga untuk aku gunakan pada masa hadapan. Pengalaman aku yang sudah memegang jawatan didalam program seperti sekretariat logistik, urusetia, keselamatan dan akhirnya setiausaha programadalah sangat berguna kepada aku. Akhir kata aku setakat ini, aku puas hati kerana KHAT ’09 ini berjalan seperti yang dirancang walaupun pada asasnya terdapat sedikit masalah. Hal ini bagaimanapun adalah merupakan pemangkin supaya kita lebih berkerja kuat supaya dapat menjadikan program itu lebih baik dan lebih baik lagi.

‘Perjuangan Manusia Sejagat’