Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 30, 2009

exam...

sudah sekian lama saya tidak berkesempatan untuk mencoretkan sedikit sebanyak ceritaku didalam blog ini. Mungkin pada malam ini, tetiba didalam bilik saya ini 'dapat' sedikit 'nyawa' wireless ini kerana sudah hampir satu semester bilik aku ini wireless tidak dapat 'memasuki' bilik aku ini. Jadi, boleh saya katakan yang saya seperti 'bersih' daripada tarikan luar iaitu internet ini. Pada saat aku menulis blog ini, pada esok harinya, saya akan menghadapi exam kaunseling keluarga. Mungkin kekawan lain pelik kerana saya ambil subjek itu. Biasalah, azwa ni kan memang pelik dan special. oklah...selamat maju jaya kepada semua teman-teman..
paper exam lagi...
30 hb 4...
4 hb 5...
5 hb 5...
7 hb 5...
Kasih Sayang...

Wednesday, April 8, 2009

Tempat Along mula-mula mengorak langkah…

Sudah sekian lama, saya tidak balik ke ‘tempat asal’ saya iaitu Pusat Sumber Tok Kenali smk kubang kerian 1. Aku ‘membesar’ disana sebagai seorang pemimpin pada masa ini. Akan tetapi, sudah lama aku tidak menjenguk keadaan disana. InsyaAllah,’along’ ini akan pergi menjenguk semua disana lepas habis exam nanti. Along rindukan kauorang semua. Bagi along, kauorang semua adalah simbol kekuatan along. Along banyak belajar disana. Dan semua itu along jadikan ia asas pada along dalam membina kekuatan disini. Along rindukan suasana kita pada masa dahulu. Suasana masa kita mesyuarat beramai-ramai. Masa tu ada asrul (angah), akma, sarah, ida, wanie, azuani,rosmi, faizal,muhaimi,shirah dan paling tak lupa fatin (yang manja sekali). Along akan balik juga ke sana nanti. Along janji, along akan sampai jugak. Along rindukan mama juga dan kak za. Tapi yang tau, kak za ni dah naik pangkat jadi umie ekk..hehehehe..ok. pepun along ucapkan terima kasih kerana masih tidak marah sangat dengan along kerana along menyepikan diri dengan masa agak lama. Along sentiasa ingat semua cuma masa sahaja yang membataskan untuk along berjumpa dengan semua. Oklah..nanti kita jumpa ekk semua…along rindukan semua… assalamualaikum…
Badan Pustakawan… PSS Pendeta Ilmu..

Selamat Hari Lahir Akak

Akak Wanie


Salam…sudah lama saya tidak menulis didalam blog ini..akan tetapi, terlebih dahulu saya hendak mengucapkan Happy Belated Birthday kepada kakak saya yang ke-25 pada 2hb April yang lalu. Wa pada hari tu wa mungkin terlupa sedikit kerana pada masa itu, wa fikir mengenai kem kaunseling kelompok pada 3hb hingga 5hb yang lepas. Pepun wa doakan semoga Kak Wanie panjang umur dan dimurahkan rezeki. Wa juga berdoa semoga kak wanie dengan abang & khairah (wa rindu sangat2 kat dia tu) dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu..amin..


Selamat Hari Lahir Akak..

Happy Birthday Kekawan


ida

emie


shiela
Kepada sahabatku shiela, rafidah (ida) dan suhaimi, aku mengucapkan selamat hari lahir yang ke 22 buat ida & ke 21 buat shila dan yang ke 24 buat suhaimi. Semoga sahabat kalian sentiasa berbahagia dan panjang umur & murah rezeki..

Ida - 8 april 1987

Shila - 6 april 1988

Emie - 7 april 1985

Kem Kaunseling Kelompok & Malam Perdana Siswa


Sebelum pergi ke Kem Kaunseling Kelompok ini, memang penat giler la rasanya memikirkan macam manalah hendak mengendalikan kaunseling kelompok ini. Aku cuma takut semasa aku mengendalikan itu,aku tidak fokus sahaja. Tetapi, Alhamdulillah aku berjaya mengatasinya semua itu. Walaupun penat melakukan sesi 11 jam itu, aku berasa puas kerana aku mendapat banyak pengajaran dan ilmu yang dapat aku gunakan pada masa akan datang itu. Sepanjang perjalanan pergi dan balik keHay Resort di Sabak Bernamini, perjalanan seperti menaiki kuda. Begitu sakit sekali tulang belakang ini. Lengguh sangat2. Tetapi best juga la kan. Setelah sampai ke kolej, pada malam itu pula,ada program kolej yang mesti dihadiri iaitu Malam Perdana Siswa. Yang paling bestnya adalah aku dapat cabutan bertuah la. Aku jarang dapat tau hadiah-hadiah macam ini. Kiranya, aku happy juga la kan. Dah rezeki kan. Pepun saya mengucapkan jutaan taniah kepada rakan exco yang memenangi anugerah pada malam itu. Pada rakan exco yang lain. Jangan berkecil hati pula,ini mungkin pada masa akan datang,mungkin anda pula yang memenangi anugerah itu. InsyaAllah..

Kecelakaan...


Anuar..mungkin anuar tidak lah serapat dengan saya di upsi ini. Akan tetapi, sepanjang aku mengenali anuar ini, aku begitu selesa dengan dia. Anuar juga salah satu tempat aku meluahkan sesuatu semasa dia tinggal di kolej. Rindu juga la semasa dia duduk di kolej ini. Walaupun sekarang dia tinggal di luar, aku masih lagi berjalan-jalan ke rumah sewa diaorang. Aku minta maaf kerana aku jarang pergi ke rumah sewa kerana kekangan masa berada dikolej ini. Hal ini membuatkan aku tidak ada banyak masa sangat untuk berjumpa dengan semua. Pada 2hb April yang lalu, aku dikejutkan dengan berita sahabatku telah kemalangan. Aku pada mulanya tidak percaya. Akan tetapi, lama kelamaan aku akhirnya terima juga berita itu. Kepada sabahatku anuar, aku disini akan sentiasa mendoakan agar cepat sembuh dan kembali pada sedia kala.
InsyaAllah..amin Ya Allah..