Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Sunday, December 12, 2010

Kini Perjalanan Sudah Bermula...

Menjelang tarikh 22.11.2010, akhirnya dengan secara rasmi saya telah dilantik menjadi seorang guru atau pendidik…saya telah ditempatkan di SMK Seri Putera, Ipoh…walaupun pada permulaan saya merasakan yang saya mungkin tidak mampu menerimanya, akan tetapi saya merasakan lama-kelamaan saya mula menyukai sekolah ini…dan pada saat ini, saya bersemangat untuk memulakan perkhidmatan saya tahun hadapan…saya masih ingat kata-kata abah dan ayah sepupu saya berkata…”dah ini tempat rezeki Azwa, jadi kita kenalah terima dengan ikhlas..insyaAllah, lepas ini kita akan jadi lebih baik..”. hal ini mengajar saya bahawa erti apa itu bersyukur…insyaAllah, di SMK Seri Putera nanti, saya akan memberikan yang terbaik dan termampu daripada diri saya ini…banyak perkara yang tidak dapat saya lakukan di tempat praktikum saya dahulu kerana terdapat pertindihan program, jadi ditempat sekolah saya ini, program ini adalah dirancang mengikut diri sendiri..insyaAllah, dengan segala maklumat yang saya perolehi semasa di UPSI, saya akan dapat mempraktikkan di SMK Seri Putera nanti…

No comments:

Post a Comment