Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 29, 2009

Lif di Kolej Harun Aminurrashid,UPSI...

Kolej saya iaitu Kolej Harun Aminurrashid (Khar) ini sememangnya adalah bangunan yang paling tinggi di kawasan tg malim ni..dari jauh lagi sudah nampak mercu tanda Khar ini..dan apa yang pasti ada adalah lif..pernah satu ketika saya naik lif, ada lah sorang 'cikgu' yang 'hobinya' tekan sume butang tingkat yang ada dalam lif itu...pada teman-teman yang tinggal di tingkat 9 tu, mau jugak la geram nak 'makan' orang yang buat tu..selain itu juga, semasa lif itu terlampau banyak orang didalamnya, ianya juga menyebabkan lif tu lambat tuk naik setingkat demi setingkat...

akan tetapi, saya ada petua macam mana hendak atasi masalah boring agar tidak bosan semasa naik lif di kolej Khar UPSI ini...catat dan buat tau..
saya ada 11 tips & petua ni...

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari/a! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapal terbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.
10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"

"...daripada saya; khairul azwa ismail aka kai..selamat mencuba..."

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum…bulan Ramadhan sudah kembali..pada permulaanya, saya seperti tidak mempercayai yang kini saya sudah berada dalam bulan Ramadhan...saya seperti tidak banyak persediaan untuk menghadapinya…akan tetapi, lama kelamaan saya dapat menerimanya kedatangan bulan yang berkat ini…insyaAllah, akan saya isikan dengan perkara yang berfaedah supaya saya lebih mendekatkan diri kepadaNya..amin…


Terlebih dahulu, saya hendak memohon maaf kepada semua sekiranya saya ada melakukan kesalahan yang terzahir atau yang terbatin…khairul azwa bin ismail ini memohon maaf kepada semua…


Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa..jangan ponteng puasa tau..dan juga selalulah pergi menunaikan solat sunat Terawih ini…
Wassalam…

azwa ‘patah kaki..’??


Salam…jangan terkejut kerana saya bukanlah patah kaki sebenarnya…cuma saya seperti tidak tahu dan hilang arah sedikit apabila teman baik saya iaitu apai tidak ada disini…dia ada sedikit masalah kesihatan yang memaksa beliau pulang ke kampong halaman buat sementara waktu…tinggallah saya keseorang disini…entahlah,biasanya setiap hari saya akan pergi makan malam dengan dia,pergi kuliah dengan dia, saya juga selalu sakat dengan dia pasal Liverpool dengan Arsenal…hehehehe…tetapi sekarang pergi makan pun seorang, pergi kelas pun seorang juga..xpe lah..dulu terasa jugak, tetapi sekarang saya kenalah menerima semua itu…


Pepun sekarang, terima kasih saya ucapkan kepada Stanley dan yang lain-lain kerana banyak minggu ini saya menghabiskan masa dengan kalian…pepun azwa ini akan doakan agar sahabat baik saya itu cepat sembuh dan kembali seperti biasa…azwa ini tidak sabar hendak tunggu masa “engkau dengan aku tengok game bola team Liverpool ngan Arsenal..kire bajet arsenal hebat sangat la…Liverpool dah kambali ke landasanya la..”


Akhir kata, saya berharap semua kalian sahabat sentiasa berada di dalam keredhaanNya..amin…

‘hadiah’ istimewa daripada seorang sahabat..

Terima kasih kepada seseorang yang saya ingin ucapakan…terima kasih kerana banyak membantu saya dan memberikan tunjuk ajar…juga semasa diri ini memerlukan nasihat dan teguran, terima kasih…

Kak Ngah @ Alice @ Gan How Kwong

Mungkin sudah lama untuk saya menyepikan diri untuk men’update’ blog saya ini…mungkin ada yang terfikir kenapa saya menulis tajuk untuk post saya kali ini dengan “Kak Ngah @ Alice @ Gan How Kwong”…mungkin teman lama saya akan mengetahuinya..saya terlintas kepadanya semasa saya mendengar lagu daripada kumpulan backstreet boys ini…ianya telah mengingatkan saya kepada kenangan lalu saya semasa disekolah dahulu…

Dia merupakan kakak angkat saya semasa saya tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dahulu di sekolah smk kubang kerian 1..banyak kenangan dahulu yang mungkin kalau saya ceritakan tidak akan cukup dan terlampau banyak…cukuplah saya dapat memberitahu yang dia banyak membantu saya dari segi semua aspek dalam kehidupan saya…dia banyak membantu diri ini…untuk pengetahuan, saya masih menyimpan lagi surat-surat daripadanya..agak lucu apabila saya membacanya kembali surat itu..

Baru-baru ini juga saya bertembung dengan dia di KB Mall…mungkin itu pertemuan saya yang pertama dengan dia dalam tempoh 3tahun lebih…apa-apa pun, kak ngah saya itu sangat cantik tau..hehehe…pepun lepas ini, harapnya saya akan dapat berjumpa dengan dia lagi kerana saya tidak sempat untuk mendapatkan nombor telefonnya…

Oklah Kak Ngah@Alice, azwa@nick berharap semoga kak ngah@alice sentiasa berbahagia dan sihat selalu…sekiranya ada rezeki,kita akan dapat berjumpa lagi…terima kasih

Tuesday, August 11, 2009

aku tetap aku...

Selepas ini, didalam blog saya ini akan saya mengemukakan soalan atau pandangan yang mungkin boleh dikongsikan bersama kepada sesiapa yang sudi menjenguk dalam blog saya ini…mungkin itu pembaharuan yang saya buat selepas sedikit pembaharuan dari segi penampilan pakaian ke kuliah yang telah saya ubah..akan tetapi, masih ada lagi yang tidak saya ubah..bagi saya, ia mestilah sedikit demi sedikit melakukan supaya tidak terlalu keterlaluan…
Terima Kasih…
Kasih Sayang dan Pengalaman akan menjadikan kita semakin kuat…

smk sg kruit, sungkai...

Sudah agak lama sudah tidak saya men’update’ blog saya ini..mungkin dengan sedikit kesibukan tugasan dan lain-lain, memungkinkan saya tidak dapat meluangkan sedikit masa untuk blog ini..pada minggu yang lalu, sebelum cuti mid term & h1n1 ini dibuka, saya bersama-sama dengan teman-teman pergi survey sekolah yang saya akan praktikum pada semester akan datang..hal ini kerana saya tidak menjumpai sekolah berkenaan walaupun saya telah pergi survey pada 2minggu yang lepas..mungkin factor saya menunggang motosikal menyebabkan saya tidak perasan yang sekolah itu hanya di tepi jalan sahaja..sekolah yang dimaksudkan itu adalah SMK Sg Kruit..
insyaAllah…akan saya datang ke sekolah itu pada semester akan datang…

Aquilani akan lebih hebat daripada Alonso…

Aquilani


Alonso, mungkin itu adalah nama yang tidak mungkin lagi saya akan sebut kerana itu semua sudah menjadi sejarah pada saya…apa-apa pun, akan tetap saya ingat kenangan semasa dia menyarung jersi Liverpool..kelibat mu itu semasa menyarung jersi Liverpool amatlah digeruni oleh pihak lawan terutamanya apabila kelibat Alonso & Macherano di bahagian tengah bersama Gerrard & Torres di bahagian serangan..akan tetapi itu semua akan menjadi ingatan..apa-apa pun, kehadiran pemain Italy iaitu Aquilani akan memberikan impak yang baru dalam skuad Liverpool ini…akan tidak saya sabar untuk melihat kebolehan pemain baru Liverpool ini…
Akan tetapi, jangan memandang rendah kepada keupayaan gandingan Macherano dengan Aquilani ini..
You Will Never Walk Alone…The Reds...

Kak J


Kepada temanku Kak J, saya menerima pesanan daripada apai & che eshah, lalu saya membaca pesanan itu yang memberitahu bahawa ayahanda tercinta kak J sudah kembali ke Rahmatullah..kepada kak J, semoga kak J terus kuat hadapi dugaan ini…untuk pengetahuan kak J, bagi wa kak J adalah seorang teman wa yang sangat wa senangi dengan senyuman kak J itu tidak kira semasa kak J gembira atau sedih…wa tau kak J kuat dalam menghadapi dugaan semua ini…apa-apa pun, wa akan doakan agar kak J terus kuat dan tabah dalam menghapi dugaan ini…

Al-fatihah…

Hot Spring Sungkai,Sg Bil dan Kalumpang...


Terima kasih saya ucapkan kepada teman-teman saya yang telah memperkenalkan kepada saya tempat-tempat yang menarik di Perak ini..walaupun sudah hampir 3tahun lebih berada di Perak ini, kebanyakkan tempat-tempat yang menarik di UPSI ini adalah saya pergi di atas ‘tiket’ mana-mana program atau organisasi..sebagai contoh sebagai tugasan assgg, sebagai kelana siswa dan juga sebagai JMK Khar…antara tempat yang telah ditunjukkan kepada saya adalah tempat Hot Spring Sungkai, Sungai Bil dan akhirnya Kalumpang…

Akan tetapi, tempat yang tidak akan dilupakan adalah tempat sungai bil…ingat lagi tak abang yang memakai seluar pendek tetapi menegur untuk pergi solat..macam tidak sesuai..macam lah kami ini tidak ingat hendak solat…pepun, saya merasa best sangat dapat jalan-jalan…mungkin itu adalah hobi baru saya kot..hehehehe..Apa-apa pun, banyak tempat lagi yang tidak dilawati oleh saya…akan saya lawati satu hari nanti…insyaAllah…

Hobi Baru Saya..??

Semasa cuti mid sem hari itu, saya sempat berjalan-jalan ke tempat menarik di negeri tercinta saya ini iaitu Kelantan Darul Naim…saya pada hari itu meminta izin daripada abahku untuk saya meminjam keretanya untuk berjalan-jalan..saya pergi hanya seorang diri sahaja..
Antara tempat yang aku lawati adalah tempat tokong Buddha yang besar yang ada di Tumpat..tempat itu adalah di tepi jalan sahaja..jadi saya tidak perlulah untuk masuk kerana merasakan yang saya tidak boleh masuk…walaupun saya tinggal di Kelantan, akan tetapi banyak tempat yang belum lagi saya lawati..insyaAllah..klu ada rezeki, akan saya melawati lagi ke tempat lain di negeri Kelantan tercinta ini…
Akan tetapi, akan saya tidak akan lupakan yang saya sesat semasa hendak ke Rantau Panjang daripada Pengakalan Kubor..tempat itu adalah berdekatan dengan sempadan Siam, jadi sudah semestinya banyak jalan yang ada sekatan Kastam dan Polis..ianya sedikit sebanyak merisaukan saya kerana hanya saya seorang sahaja dijalan itu di tengah-tengah sawah…selepas itu, saya mengambil keputusan yang saya berpatah balik dan memutuskan untuk balik ke rumah sahaja..apa-apa pun, akan saya mengambil keputusan untuk mengunakan GPS selepas ini sekiranya ingin pergi ke tempat yang belum saya kenali lagi..terima kasih kepada abahku tersayang kerana mengajar akan saya menggunakan alat GPS ini…sayang abah…