Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, August 11, 2009

Hobi Baru Saya..??

Semasa cuti mid sem hari itu, saya sempat berjalan-jalan ke tempat menarik di negeri tercinta saya ini iaitu Kelantan Darul Naim…saya pada hari itu meminta izin daripada abahku untuk saya meminjam keretanya untuk berjalan-jalan..saya pergi hanya seorang diri sahaja..
Antara tempat yang aku lawati adalah tempat tokong Buddha yang besar yang ada di Tumpat..tempat itu adalah di tepi jalan sahaja..jadi saya tidak perlulah untuk masuk kerana merasakan yang saya tidak boleh masuk…walaupun saya tinggal di Kelantan, akan tetapi banyak tempat yang belum lagi saya lawati..insyaAllah..klu ada rezeki, akan saya melawati lagi ke tempat lain di negeri Kelantan tercinta ini…
Akan tetapi, akan saya tidak akan lupakan yang saya sesat semasa hendak ke Rantau Panjang daripada Pengakalan Kubor..tempat itu adalah berdekatan dengan sempadan Siam, jadi sudah semestinya banyak jalan yang ada sekatan Kastam dan Polis..ianya sedikit sebanyak merisaukan saya kerana hanya saya seorang sahaja dijalan itu di tengah-tengah sawah…selepas itu, saya mengambil keputusan yang saya berpatah balik dan memutuskan untuk balik ke rumah sahaja..apa-apa pun, akan saya mengambil keputusan untuk mengunakan GPS selepas ini sekiranya ingin pergi ke tempat yang belum saya kenali lagi..terima kasih kepada abahku tersayang kerana mengajar akan saya menggunakan alat GPS ini…sayang abah…

No comments:

Post a Comment