Kolej saya iaitu Kolej Harun Aminurrashid (Khar) ini sememangnya adalah bangunan yang paling tinggi di kawasan tg malim ni..dari jauh lagi sudah nampak mercu tanda Khar ini..dan apa yang pasti ada adalah lif..pernah satu ketika saya naik lif, ada lah sorang 'cikgu' yang 'hobinya' tekan sume butang tingkat yang ada dalam lif itu...pada teman-teman yang tinggal di tingkat 9 tu, mau jugak la geram nak 'makan' orang yang buat tu..selain itu juga, semasa lif itu terlampau banyak orang didalamnya, ianya juga menyebabkan lif tu lambat tuk naik setingkat demi setingkat...
akan tetapi, saya ada petua macam mana hendak atasi masalah boring agar tidak bosan semasa naik lif di kolej Khar UPSI ini...catat dan buat tau..
saya ada 11 tips & petua ni...
1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..
2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".
3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.
4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat temujanji?
5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik...tik...tik...
6. Anda pura-pura jadi pramugari/a! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapal terbang.
7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, nanti pasti terbuka lagi!".
8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Udaranya cukup tidak disitu?"
9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.
10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.
11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah wilayah SAYA"
"...daripada saya; khairul azwa ismail aka kai..selamat mencuba..."
No comments:
Post a Comment