Menanti Penyatuan 2 Hati Menjadi 1 Jiwa


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Wedding tickers

Saturday, August 22, 2009

Kak Ngah @ Alice @ Gan How Kwong

Mungkin sudah lama untuk saya menyepikan diri untuk men’update’ blog saya ini…mungkin ada yang terfikir kenapa saya menulis tajuk untuk post saya kali ini dengan “Kak Ngah @ Alice @ Gan How Kwong”…mungkin teman lama saya akan mengetahuinya..saya terlintas kepadanya semasa saya mendengar lagu daripada kumpulan backstreet boys ini…ianya telah mengingatkan saya kepada kenangan lalu saya semasa disekolah dahulu…

Dia merupakan kakak angkat saya semasa saya tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dahulu di sekolah smk kubang kerian 1..banyak kenangan dahulu yang mungkin kalau saya ceritakan tidak akan cukup dan terlampau banyak…cukuplah saya dapat memberitahu yang dia banyak membantu saya dari segi semua aspek dalam kehidupan saya…dia banyak membantu diri ini…untuk pengetahuan, saya masih menyimpan lagi surat-surat daripadanya..agak lucu apabila saya membacanya kembali surat itu..

Baru-baru ini juga saya bertembung dengan dia di KB Mall…mungkin itu pertemuan saya yang pertama dengan dia dalam tempoh 3tahun lebih…apa-apa pun, kak ngah saya itu sangat cantik tau..hehehe…pepun lepas ini, harapnya saya akan dapat berjumpa dengan dia lagi kerana saya tidak sempat untuk mendapatkan nombor telefonnya…

Oklah Kak Ngah@Alice, azwa@nick berharap semoga kak ngah@alice sentiasa berbahagia dan sihat selalu…sekiranya ada rezeki,kita akan dapat berjumpa lagi…terima kasih

1 comment: